UNTUK PAPARAN MENARIK

SILA GUNAKAN GOOGLE CHROME DAN MOZILLA 3 KE ATAS SAHAJA. PAPARAN BEBERAPA WIDGET MUNGKIN TIDAK SESUAI JIKA MENGGUNAKAN IE8, SAFARI DAN OPERA.

Fadhilat Ramadan

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa" (Al-Furqaan : 74)

Klik aje le

Sumbangan Ikhlas Amat Diperlukan

Wednesday, October 20, 2010

Cabaran Guru Masa Kini

Gambar buku yang membicarakan tentang 
cabaran guru masa kini

Komponen utama pendidikan adalah guru itu sendiri, di mana kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik. Di dalam proses ini guru juga perlulah mempunyai kelengkapan keilmuan di sertai keluhuran budi serta peribadi. Begitulah idealnya guru sebagai pendidik yang berkesan. Mereka adalah contoh dan teladan untuk murid, pelajar dan masyarakat.




Namun kini masa telah berubah dengan pantas dan begitulah juga dengan institusi perguruan di mana beban kerja guru semakin bertambah yang memerlukan tahap kesabaran serta ketanggungjawaban yang amat hebat. Jika dahulu insan bergelar guru menjadi sanjungan sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Tetapi malangnya hari ini guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak baik. Kadangkala ada guru yang disaman di atas perbuatan guru itu yang tidaklah berat mana berbanding segala pengorbanan yang telah dicurahkan. Rasa hormat murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan pelajaran dan menuding jari kepada guru di atas kesalahan, kealpaan dan ketidakprihatinan mereka sendiri dalam mendidik anak-anak.


Ketidakfahaman guru tentang peranan guru menyebabkan mereka menganggap guru hanyalah mengajar mata pelajaran tertentu dan anak mereka perlu lulus mata pelajaran tersebut tetapi guru juga berperanan mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-nilai murni, selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Malangnya hari ini, ibu bapa lebih mementingkan kecemerlangan dari akademik semata-mata dan menganggap pembentukkan sahsiah terpuji tidak penting dan inilah sebabnya anak-anak mereka tidak boleh ditegur, walaupun melakukan kesalahan.


Semasa proses mendisiplin pelajar guru menghadapi delima bila ada ibu bapa tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka bersalah dan tidak mengaku kesilapan yang dilakukan. Dalam hal ini sepatutnya mereka terlebih dahulu berbincang dengan guru bukan semata-mata mendengar daripada anak-anak mereka sahaja di mana sehingga sanggup menyerang pihak sekolah dan membuat pendedahan kepada pihak media.


Jika dahulu gurulah yang berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar di mana hanya guru sahaja yang bercakap dan menyoal. Namun dalam era baru ini, guru berperanan sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Cara mengajar juga telah berubah di mana dahulu ilmu disampaikan secara lisan dan bertulis. Namun kini teknologi komputer telah memberikan sesi pembelajaran berjalan secara interaktif dan lebih menarik lagi.


Guru juga berperanan dalam menentukan corak pembangunan sesebuah negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana persediaan bagi pengeluaran tenaga kerja negara di semua sektor bermula dari sekolah yang sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru. Guru juga adalah model manusia berkelakuan baik. guru mesti bebas daripada bersikap negatif dan sempit daripada aspek bangsa, kelas, sosial dan kedaerahan.


Itulah serba sedikit yang dapat dipaparkan tentang cabaran guru masa kini di mana saya lihat kerjaya guru ini telah dianggap kurang menarik berbanding kerjaya-kerjaya lain yang dianggap lebih kompetatif dan glamour. Cabaran yang guru kini turut melibatkan penampilan guru itu sendiri. Satu bengkel telah diadakan seperti mana berita yang disiarkan dalam Berita Harian Online.


Tampil hebat
Oleh Norliza Abdullah
lizz@bharian.com.my
2010/10/19

200 guru sertai bengkel bina keterampilan diri 

GURU perlu menjaga penampilan supaya kelihatan lebih menarik. Mereka tidak perlu berhias berlebih-lebihan, sekadar sedap mata memandang, kemas dan bersih.


Bagi membantu guru tampil dengan imej sesuai dengan kerjaya, New Straits Times Press (NSTP) menganjurkan bengkel bertemakan `Guru Tampil Hebat Pelajar Tambah Minat’ berlangsung hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Program sehari yang disertai 200 guru sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan itu memberi peluang mereka meningkatkan pengetahuan mengenai cara berpakaian dan menjaga penampilan supaya kelihatan anggun dan menarik perhatian pelajar. 

Penampilan guru adalah antara elemen penting dalam meningkatkan minat pelajar supaya lebih bersemangat dan berikan tumpuan dalam bilik darjah. 

Seorang peserta, Nurul Ashiqin A Razak, berkata dia bangga kerana berpeluang menyertai program berkenaan. Banyak pengetahuan mengenai penampilan diri diperoleh. 

Guru Sekolah Kebangsaan Jalan Enam, Bandar Baru Bangi itu berkata, sebagai pendidik penampilan penting. Pelajar akan menjadikan apa yang dipakai dan digayakan guru sebagai ikutan. 
“Pelajar sering meneliti apa yang dipakai atau digayakan guru ketika mengajar. Semua unsur ini menarik minat mereka untuk meneruskan proses pembelajaran,” katanya ketika ditemui pada majlis yang dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Hadir sama, Pengarah Pengedaran NSTP, Eddie H’ng, Pengurus Jenama Nestle Products Sdn Bhd, Foo Meng Keet dan Pengarah Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Kumpulan Jakel, Azlan Abu Bakar. 

Seorang lagi peserta, Mohd Arif Abdullah, berkata dia seronok menyertai program sedemikian kerana aktiviti luar rutin hariannya dapat mengembangkan minda selain bertemu rakan guru lain daripada berlainan sekolah. 

Pertemuan sebegini kata beliau yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Saujana Utama, Sungai Buloh, membolehkan mereka bertukar pengetahuan dan pengalaman untuk dikongsi dan dimanfaatkan bersama. 

“Banyak perkara baru dipelajari terutama dalam meningkatkan penampilan serta gaya persembahan. Walaupun ramai mengetahui kepentingan elemen ini namun ramai guru tidak mengamalkannya. 

“Program sebegini perlu diteruskan supaya lebih ramai guru mendapat manfaat daripadanya,” katanya. 

Bagi Chan Soh Wah, berkata aktiviti sebegini mendedahkan guru kepada dunia pengajaran secara kreatif dan inovatif. Katanya, ceramah motivasi dan penampilan serta pengambilan makanan seimbang daripada pakar sangat berguna dan dijadikan panduan ketika mengajar. 

“Pengambilan makan seimbang penting supaya guru sentiasa cergas dan sihat,” katanya yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 

Antara aktiviti yang dimuatkan pada program berkenaan ialah Bengkel Gaya Hidup Sihat oleh Perunding Makanan, Indra Balaratnam, demo masakan oleh Chef Ismail dan Chef Florence, Bengkel Keterampilan Diri daripada duta Ariani Skaf & Selendang iaitu peragawati Ekin. 

Bengkel keterampilan diri pula dijayakan perunding kecantikan daripada Sendayu Tinggi.

2 comments:

LadyBird said...

huhuhuhu.. guru2 perlu byk bersabar ngn kerenah pelajar sekarang..
pelajar bukan setakat nakal sahaja..malah biadab.. mcmn boleh jadi mcm tu ek.. mak bapak plak serang cikgu kalau cikgu mrh anak die.. sdgkan mereka x sdr yg mereka dah bg amanh tu tuk cikgu2 mengajar anak2 mereka..

Anonymous said...

hantar sbb tpaksa dan menganggap sek sbg pusar jagaan anak2 mereka sementara mereka bekerja...bleh jimat duit sbb nk hntr "pengasuh bayi tua" mahal atau xde yg sanggup

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sudi-sudilah Letakkan Link Anda Disini