UNTUK PAPARAN MENARIK

SILA GUNAKAN GOOGLE CHROME DAN MOZILLA 3 KE ATAS SAHAJA. PAPARAN BEBERAPA WIDGET MUNGKIN TIDAK SESUAI JIKA MENGGUNAKAN IE8, SAFARI DAN OPERA.

Fadhilat Ramadan

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa" (Al-Furqaan : 74)

Klik aje le

Sumbangan Ikhlas Amat Diperlukan

Sunday, February 6, 2011

Gambar tempat-tempat menarik di Ipoh

Ipoh terkenal sebagai bandar utama bagi perusahaan perlombongan bijih timah suatu ketika dahulu dan ianya terus berkembang walaupun bijih timah sudah dilombong lagi namun sekarang ia berkembang sebagai bandar perniagaan dan perusahaan serta pusat pentadbiran bagi Negeri Perak. Disebabkan keluasan dan jumlah penduduk yang semakin meningkat membolehkan Ipoh diikhtiraf sebagai bandaraya.

Nama 'Ipoh' dipercayai berasal dari pokok 'Upas'. orang putih menyebutnya 'Epu' manakala orang Cina pula menyebutnya sebagai 'Ipoh' atau 'Paluh'. Pokok upas ini getahnya boleh dijadikan racun atau nama saintifiknya 'Antiaris toxicaria'.

        Gambar yang mununjukkan daun serta batang pokok upas atau ipoh
                                              (gambar dari google)

Peta bandar Ipoh (imej dari google)



Sejarah perkembangan Ipoh boleh diakses dari laman web Majlis Bandaraya Ipoh. Di sini saya petik maklumat tersebut sebagaimana berikut; Sehingga tahun 1980-an, Sungai Kinta menjadi perhubungan utama di antara Ipoh dengn kawasan-kawasan lain dalam atau luar negeri Perak. Selepas tahun 1874, perkembangan daerah Kinta amat lembab terutama masalah perhubungan melalui Sungai Kinta. Kenderaan seperti sampan, gajah dan kereta lembu memakan masa yang lama. Dalam tahun 1884, jalan raya wujud menghubungi kawasan perkampungan Gopeng dan pelabuhannya di Kota Bharu dan seterusnya menghubungkan kawasan perlombongan Papan dengan Batu Gajah

Gambar bagaimana cara melombong secara tradisional dan moden yang 
menggunakan kapal korek (imej dari laman web MBI)

Sehingga tahun 1889, hospital telah mula dibina di Ipoh dan hospital baru pula dibina di antara kawasan stesen keretapi dan Balai Polis Pusat. Manakala tahun 1889-1890. Dalam tahun 1893, lebih separuh rumah-rumah atap telah di robohkan dan diganti dengan bangunan-bangunan jenis batu, begitu juga longkang dan parit telah diperbaharui. Jalan-jalan disusun semula dan pokok-pokok untuk berteduh ditanam. Dalam tahun ini juga, 'Ipoh Sanitay Board' telah diwujudkan dan ia bertanggungjawab tentang kebersihan Ipoh. Dalam bidang pelajaran, Sekola Menengah Rendah Inggeris yang pertama di daerah Kinta telah dibina dalam tahun 1895 dan dikenali sebagai Anglo Chinese Boys,Ipoh.

Ipoh telah menjadi bandar yang terbesar di negeri Perak dan kedua besarnya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1895. Pada masa itu juga perhubungan jalanraya antara Ipoh dengan tempat-tempat lain di lembah kinta diperbaiki. Jambatan kayu menyeberangi sungai kinta diganti dengan jambatan besi pada tahun 1900.

Perkhidmatan dan kemudahan awam disediakan.Pembekalan bahagian sistem pembentungan ditubuhkan pada tahun 1898 dan diperkenalkan penggunaan tangki najis pada tahun 1905. Kawasan lapang pertama telah diadakan pada tahun 1898 yang kini dikenali sebagai 'Padang Ipoh'. Padang kelab Luba Perak dibina pada tahun 1904, 'Peoples Park dan kawasan memperingati J.W.W Birch ( James Ewheeler Woodford Birch) telah dibina pada tahun 1909.

Di antara tahun 1905-1914, kawasan pentadbiran bandar Ipoh berkembang hingga menyeberangi sungai kinta dan di sini wujudnya pekan baru (Ipoh New Town) ke jalan Anderson. Stesen keretapi, hotel, dewan bandaran (town hall), dan pejabat pos juga dibina. Begitu juga panggung wayang dan kenderaan bermotor telah mula mengambil tempat di Ipoh.

Perkhidmatan bas bermula pada tahun 1910 dan tahun 1911. Pejabat pendaftar kereta motor telah ditubuhkan di Ipoh. Pada tahun 1905-1915, 'Kinta Saitary Board North' telah diwujudkan dan tahun 1916-1941 'Kinta District Board' yang diwujudkan diketuai oleh A.S Jelf di bawah pentadbiran 'British Military Administration' mengambil tempat.

Manakala dalam tahun 1946-1954, 'Kinta Town Board' telah wujud yang bermula di bawah penyelarasan Major J.S Drake dan pada tahun 1954-1956, G.S Walker menjadi pengerusi 'Ipoh Mengelembu Town Council' ditubuhkan pada tahun 1957-1962 diketuai oleh Encik Abdullah Bin Uni. Pada 31 Mei 1962, Ipoh telah dinaikkan ke taraf perbandaran dan dikenali sebagai 'Majlis Perbandaran Ipoh' yang dipengerusikan oleh E.G Walker.

Pada 27 Mei 1988, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah mengishtiharkan taraf Bandaraya kepada Ipoh, Ibu negeri Perak Darul Ridzuan. Majlis Perbandaran Ipoh dikenali sebagai 'Majlis Bandaraya Ipoh' dan ketua eksekutifnya bergelar Datuk Bandar.

Sebagai Ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Ipoh merupakan pusat pentadbiran, perdagangan, sukan, kebudayaan, kewangan, politik,keagamaan dan juga pendidikan.Kini dibawah pimpinan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh terus berusaha untuk menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai sebuah bandar yang dinamik dan unggul.

Gambar Pusat Bandaraya Ipoh (imej dari google)
Gambar Stesen Keretapi Ipoh (gambar dari google)


Gambar Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri)
(gambar dari google)



Gambar limau tambun yang terkenal Malaysia (imej dari google)




Gambar Restoran Tasik Raban yang menjadi pilihan warga Ipoh dan 
pelancong menikmati makan tengah hari. Lokasinya berhadapan
dengan Stadium Perak (imej dari google)


Setakat ini dahulu....

5 comments:

nazrul ashraff said...

ipoh ?? huhu..no comment..

Abhamz said...

salam nazrul ashraff, ipoh haha...

Anonymous said...

Salam.
Mohon izin utk buat rujukan. Terima kasih

Rusnah Yuss said...

Salam,
Mohon izin utk buat rujukan. Terima kasih.

Mutiara Kasih said...

Sedih..tgk dlm blog lawa je stesen keretapi ipoh...skrg tgh renovate depan dia...pemandangan dah jd x lawa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sudi-sudilah Letakkan Link Anda Disini