UNTUK PAPARAN MENARIK

SILA GUNAKAN GOOGLE CHROME DAN MOZILLA 3 KE ATAS SAHAJA. PAPARAN BEBERAPA WIDGET MUNGKIN TIDAK SESUAI JIKA MENGGUNAKAN IE8, SAFARI DAN OPERA.

Fadhilat Ramadan

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa" (Al-Furqaan : 74)

Klik aje le

Sumbangan Ikhlas Amat Diperlukan

Tuesday, February 22, 2011

Jenis-Jenis Labu Sayong



LABU GELUGUR
Labu gelugur dihasilkan daripada bentuk buah gelugur yang mempunyai badan yang bulat dan berlekuk-lekuk. Lekuk ini dihasilkan dengan menekan jari dan dengan bantuan alat buatan sendiri yang diperbuat daripada kayu. Seluruh bahagian badan labu itu akan ditekan sehingga menimbulkan kesan lurah bagi menggambarkan buah gelugur.



Gambar:
Labu gelugur
 




LABU PANAI
Labu Panai ialah bentuk labu yang berhiaskan garis-garis lurus atau menyerong pada bahagian badannya. Garis-garis yang dipanggil panai ini dihasilkan dengan menempelkan tanah pada badan labu atau mengukir badannya dengan alat pengukir yang dibuat sendiri oleh tukang-tukang ini. Terdapat juga panai yang dihasilkan dengan teknik gurisan. Teknik ini tidak meninggalkan kesan timbul pada badan labu

Gambar Labu panai

 



LABU TANAH
Istilah labu tanah muncul berdasarkan material asas yangbinaan badannya iaitu tanah. Dari segi reka bentuknya, ia adalah seiras dengan buah labu yang asli, untuk membezakannya dengan yang asli maka perkataan 'tanah' digunakan dibelakang labu tiruan yang diperbuat daripada tanah.
Oleh kerana reka bentuk labu ini diadaptasikan daripada bentuk semulajadi alam, maka rekaannya adalah ringkas. Labu tanah mempunyai badan yang bulat dan bentuk lehernya adalah menyerupai tangkai labu yang tegak ke atas dari bahagian badannya.Labu tanah ini tidak mempunyai kaki di bahagian punggungnya. Permukaan dasarnya adalah leper seperti reka bentuk dasar labu lepap.
Gambar Labu tanah





Gambar Labu Lepap 


LABU LEPAP
Labu ini dipanggil labu lepap kerana bentuk labunya yang leper di bahagian punggung, tidak mempunyai kaki dan rata. Badannya masih berbentuk bulat dan hiasan permukaan luarnya tidak berpanai timbul, kalau adapun hanyalah dihiasi dengan gurisan-gurisan menegak, melintang, membujur sahaja atau dibiarkan kosong dan licin sama sekali. 


2 comments:

zulkbo said...

salam...
suka betul saya dengan labu
sayung ni..ada 2 biji di rumah

cikpuanhady said...

macam-macam jenis labu kan..teringin jugak nak try membuat labu ni..ngee..cam best je..

Jom skodeng :Jom join Heartbeat.my!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sudi-sudilah Letakkan Link Anda Disini