UNTUK PAPARAN MENARIK

SILA GUNAKAN GOOGLE CHROME DAN MOZILLA 3 KE ATAS SAHAJA. PAPARAN BEBERAPA WIDGET MUNGKIN TIDAK SESUAI JIKA MENGGUNAKAN IE8, SAFARI DAN OPERA.

Fadhilat Ramadan

Daripada Ibn `Abbas RA katanya: "Adalah Nabi SAW manusia yang paling pemurah dengan kebaikan, dan Baginda yang paling pemurah adalah dalam bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan adalah Jibril menemui baginda setiap malam pada bulan Ramadhan sehingga Ramadhan berlalu, Nabi membaca al-Quran kepada Jibril. Apabila Jibril `a.s. menemui Baginda, Baginda adalah lebih pemurah dari angin yang bertiup kencang (dengan membawa hujan rahmat)". (Diriwayatkan Bukhari)

Klik aje le

Sumbangan Ikhlas Amat Diperlukan

Monday, February 7, 2011

Sejarah Sungai Perak


Gambar menunjukkan perahu kepunyaan J.W.W Birch
di tebing Sungai Perak (imej dari google)

Sektor perlancongan yang melibatkan keindahan sungai Perak iaitu
Sungai Perak Safari  Resort (atas) dan lampu yang menerangi 
Jambatan Sultan Abdul Jalil (bawah) kedua-duanya  di Kuala Kangsar
(imej dari google)

Sungai mungkin satu-satunya hak sepunya yang tinggal setelah proses pembangunan mengambil tempat. Untuk membantu memelihara persekitaran semulajadi sungai yang kaya dengan flora dan fauna  kita perlulah melihat sejarah perkembangan sungai ini. Sebelum tahun 1980an sungai  ini merupakan sumber utama untuk membekalkan air pengairan ke sawah padi supaya membolehkan pananaman dua kali setahun untuk meningkatkan hasil pengeluaran serta membekalkan air untuk keperluan domestik perniagaan dan perindustrian. Seterusnya beberapa empangan yang dibina merentangi sungai boleh menjanakan kuasa hidro elektrik seperti Empangan Temenggor, Chenderoh, Bersia dan Kenering. Dalam dekad-dekad sebelum 1980-an memang tidak dapat dinafikan Sungai Perak merupakan sebuah sungai yang bersih dengan kegunaannya yang bergitu meluas di dalam kehidupan penduduk di sekitarnya.
Gambar menunjukkan Empangan Chenderoh (atas) dan Empangan Temenggor
(bawah) - imej dari google

Namun selepas dekad 1980-an fungsi dan penggunaan sungai ini semakin bertambah dengan bermulanya era industri dan pertanian berskala besar seperti pembinaan kilang-kilang memproses getah dan kelapa sawit serta ladang-ladang getah dan kelapa sawit yang menggunakan baja kimia, racun serangga dan racun rumpai yang mengalir ke sungai ini dan sungai-sungai kecil yang bersambung dengan Sungai Perak ini lalu mencemarkannya. Satu laporan rasmi tentang kedudukan sungai ini dalam jangkamasa 1987-1993 mencatatkan bahawa kualiti air sungai umumnya merosot pada kadar 1.19% setiap tahun. Kecenderungan dalam masa tujuh tahun tersebut menunjukkan bahawa sungai ini mengalami pencemaran daripada sisa-sisa industri dan domestik, bungan haiwan dan pembetungan. Kedudukan yang sama juga dapat dilihat melalui Indeks Kualiti Air dan Udara 1995 yang menyatakan bahawa aktiviti-aktiviti pertanian, pembungan sisa industri antara lain membuatkan kualiti air sungai menjadi lebih teruk. Ini termasuklah pembungan amonia nitrogen daripada ladang-ladang getah dan juga kilang-kilang berasaskan getah. 

Gambar hiasan berkenaan punca air sungai tercemar seperti buangan air
kumbuhan dan racun dari kilang sawit dan getah.
(imej dari google)

1 comment:

a.samad jaafar said...

tiba2 terkenangkan sungai perak zaman kanak2 dulu.. berpantaikan batu2 kecil dan pasir halus..air yg jernih..tempat mandi dan mengambil air..kini semuanya hilang..cerita pada anak..mereka kata saya berbohong..sedih jgk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sudi-sudilah Letakkan Link Anda Disini