Thursday, February 23, 2012

SSM ke SBPA, tunggu pengumuman PM

    



Najib bakal buat pengumuman adil, saksama bagi penjawat awam
2012/02/23


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan Perdana Menteri di pejabatnya di sini, hari ini.
Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
"Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam," katanya tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan itu.

Omar berkata, CUEPACS sendiri akan menyambut baik apa sahaja perkara yang bakal diumumkan serta mengucapkan terima kasih di atas kesudian serta kesediaan Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan dan mendengar cadangan demi kebaikan penjawat awam.

"Pertemuan hari ini menyentuh mengenai secara keseluruhan apa tuntutan serta pandangan yang dikemukakan Cuepacs selama ini berhubung permasalahan penjawat awam termasuk mengenai isu SBPA," katanya.

Omar berkata, Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran yang akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Mac depan. - BERNAMA

berita : Berita Harian Online
gambar : Google

1 ulasan:

Mr. Z dan Mis N said...

serius cakap sbpa yng lama banyak UP kan orang2 atasan..bawah makan ciput jer...tpi kejer berlambak n yng bru kerja kne tgu sampai bulan 4 bru dapat gaji....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAZHA 2010 Headline Animator

Sudi-sudilah Letakkan Link Anda Disini

Peringatan dan Penafian

Blog ini bertujuan sekadar tempat pemilik blog menyampaikan pendapat peribadi tentang isu semasa dan dipaparkan berita-berita, info-info, maklumat-maklumat dan gambar-gambar yang menarik buat pemilik blog yang sekiranya pengunjung juga berminat amatlah dialu-alukan untuk melihat dan membacanya. Pemilik blog juga tidak semestinya bersetuju atau bersependapat dengan segala artikel, bahan ,berita dan komen yang diutarakan melalui blog ini. Sekiranya pelawat yang bertandang ke blog ini menghadapi apa gangguan atau kerosakan kepada komputernya atau pelayar internet yang lain, pemilik blog tidak akan bertanggungjawab.

Terima kasih.

Abhamz

Labels

Album Terbaru (2) Anugerah (1) Artikel Akhlak (18) Artikel Alam Sekitar (4) Artikel Bahasa (6) Artikel Ekonomi (15) Artikel Ibadat (70) Artikel Islam (92) Artikel IT (5) Artikel Keselamatan (5) Artikel Kesihatan (13) Artikel Pemotoran (7) Artikel Pendidikan (3) Artikel Peribadi (54) Artikel Pilihan (37) Artikel Politik (9) Artikel Sains (2) Artikel Sastera (1) Artikel Sosial (24) Artikel Sukan (1) Artikel Teknologi (5) Artikel Undang-Undang (7) Award (1) Berita Agama (53) Berita Aktiviti Keislaman (45) Berita Alam Sekitar (1) Berita Artis (33) Berita Bahasa (7) Berita Bencana Alam (29) Berita Dalam Negara (143) Berita Ekonomi (50) Berita Global (95) Berita Hukum Hakam (19) Berita IT (10) Berita Kebejatan Sosial (9) Berita Kenegaraan (39) Berita Keperitan Masyarakat (6) Berita Kesihatan (18) Berita Komunikasi (2) Berita Luar Negara (27) Berita Masakan (2) Berita Pekerja (40) Berita Pelik (6) Berita Pendidikan (50) Berita Permotoran (24) Berita Pertahanan (1) Berita Politik (58) Berita Semasa (23) Berita Seni (5) Berita Setempat (11) Berita Sosial (70) Berita Sukan (28) Berita Teknologi dan Sains (15) Berita Telekomunikasi (3) Berita Undang-Undang (25) Blog Pilihan (3) BlogLarian (1) Catatan Peribadi (1) Churp Churp (1) Coretan (4) Doa Harian (2) Doa Khusus (3) Entri Khas Buat Follower (4) Fatwa (1) Free Viral (1) Gambar Aktiviti Keislaman (5) Gambar Alam (6) Gambar Alat (4) Gambar Bangunan (10) Gambar Bencana Alam (1) Gambar Benda (11) Gambar dan pengajaran (10) Gambar dan pengajarannya (8) Gambar Famili (2) Gambar Haiwan (5) Gambar Kenderaan (21) Gambar latar belakang (2) Gambar Makanan (4) Gambar Manusia (11) Gambar Monumen (1) Gambar Pilihan (67) Gambar Pilihan dari Blog Gilamodified (6) Google (1) Hadis Pilihan (4) Hari Guru (2) Hari Jadi (1) Hari Raya (2) Huraian Hadis (43) Info Agama (5) Info Menarik (5) Info Ringkas Lokasi Terpilih (1) Info Semasa (8) Isu Semasa -Pro dan Kontra (1) Jadual Waktu Berbuka (1) Jom Baca Buku (4) Jutaan Baclink (1) Kajian Terkini (1) Kami Cikgu Blogger (1) Kelebihan Al Quran (1) Kempen Anti Yahudi (8) Kempen Kemanusiaan (2) Kemudahan Online (1) Kenangan di Putrajaya Dis 2009 (1) Kenangan Hari Raya Puasa 2009 (1) Keratan Akhbar - Agama (1) Keratan Akhbar - Umum (2) Khutbah Jumaat (3) Khutbah Raya (1) Kisah dan Tauladan (4) Lukisan Menarik (2) Makluman Semasa (6) Manusia dan Peristiwa (1) Maulidur Rasul SAW (1) millatfacebook (1) Muhammad Solehin bin Abdul Halim (1) Muhammad Syahmi bin Abdul Halim (1) Mutiara kata (1) Nuffnang (6) Nur Solehah bt Abdul Halim (1) Nur Syahadah binti Abdul Halim (2) Nur Syahadah Mula Nak Berjalan (1) Nur Syahirah binti Abdul Halim (1) Nur Syukrina bt Abdul Halim (1) Pendapat (6) Peristiwa Bersejarah (1) Peristiwa Kebesaran Islam (6) Persoalan Agama (10) Pertandingan Anjuran Blogger (1) Petikan Akhbar (4) Petikan Hadith (1) Petikan Kitab Agama (9) Promosi (3) Salam Kejayaan (1) Segmen Backlink (1) Segmen Ben Ashaari.com (14) Segmen Bloglist Blog (7) Segmen Facebook (1) Segmen Gegar Blog (1) Segmen Giveway (1) Selamat Hari Raya (1) Selebriti Pilihan (3) Soal Jawab Agama (2) Tafsir Ayat Al-Quran (1) Tahun Baru (1) Tazkirah (7) Tempat Menarik (1) Tokoh Islam (9) Tukar Domain (1) Ulasan Berita Semasa (32) Ulasan Buku (6) Video Gugur Anak (1) Video Pilihan (1)