Mahkamah tolak permohanan penganjur Festival Seksualiti
2012/03/01
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan untuk mendapatkan semakan semula kehakiman yang difailkan oleh Seksualiti Merdeka bagi mencabar keputusan polis mengharamkan Festival Seksualiti pada November tahun lalu.
Hakim Datuk Rohana Yusuf membuat keputusan itu di dalam kamar selepas mengadakan pertemuan dengan Peguam Kanan Persekutuan, Noor Hisham Ismail, yang mewakili responden, serta peguam Honey Tan Lay Ean dan Chew Siew Ting, yang mewakili pemohon.
Tan memberitahu pemberita bahawa Rohana menolak permohonan itu tanpa kos atas alasan keputusan yang dipertikaikan itu tidak boleh dipinda melalui semakan semula kehakiman.
Alasan kedua, katanya, ialah permohonan itu hanya bersifat akademik.
Permohonan berkenaan difailkan Pang Khee Teik, 38, Angela Marianne Kuga Thas, 47, S Thilaga Socky Pillai, 24, Siti Zabedah Kasim, 48, dan Md Nor Ismat Selamat terhadap Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Dang Wangi, Nor Azman Muhammad Yusuf dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Dalam permohonan mereka yang difailkan pada 1 Disember tahun lalu, pemohon berkata, Khalid, sebagai responden pertama, mengisytiharkan pengharaman semua acara dan majlis Seksualiti Merdeka melalui sidang akhbar pada 3 November tahun lalu dengan memberi alasan ia tidak sah di sisi undang-undang dan melanggar Perkara 8 dan 10 Perlembagaan Persekutuan.
Mereka berkata, Khalid membuat keputusan itu berikutan salah faham atau kejahilannya tentang satu fakta kukuh dan relevan bahawa acara berkenaan tidak digunakan untuk melakukan kegiatan menyeleweng, yang boleh mengakibatkan timbulnya keadaan tidak harmoni, permusuhan atau mengganggu ketenteraman awam atau mengancam keselamatan negara.
Pemohon berkata, dalam membuat keputusan pengharaman itu, Khalid mengambil kira perkara tidak relevan seperti pandangan popular dan majoriti tentang seksualiti, kesihatan dan/atau agama, yang mereka dakwa adalah alasan yang tidak sah untuk melarang festival itu daripada diadakan.
Mereka memohon mendapatkan perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan itu dan perintah supaya responden mengemukakan semua laporan polis yang dibuat berhubung penganjuran acara Seksualiti Merdeka.
Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan mengenai hak seksualiti yang menampilkan hak manusia daripada pelbagai orientasi seksual dan jantina.
Ia juga memperjuangkan hak golongan lesbian, dwiseksual, gay dan transgender.
- BERNAMA
Kerajaan diminta terus bantah resolusi PBB mengenai gay

****************************************************
Kerajaan diminta terus bantah resolusi PBB mengenai gay
2012/03/01
KUALA LUMPUR: Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa kerajaan supaya meneruskan bantahan terhadap resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berkenaan pengiktirafan kedudukan lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT).
Pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahya, berkata resolusi yang diluluskan tahun lalu itu meletakkan golongan LGBT di tempat yang salah, dengan memberikan pengiktirafan yang mengelirukan kepada mereka tanpa menyelesaikan permasalahan sebenar mengikut lunas agama dan nilai sebenar kemanusiaan.
"Sebarang usaha untuk mengetengahkan nilai yang menyalahi fitrah kemanusiaan seperti mana yang cuba dibawa menerusi resolusi itu harus ditentang sehabis-habisnya bagi mengelak kekeliruan serta gangguan terhadap masyarakat secara umum," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Pada 17 Jun 2011, PBB meluluskan resolusi mengiktiraf kedudukan lesbian, gay, bisexual dan transgender dalam konteks orientasi seksual, kesamarataan gender dan perkahwinan sejenis.
Malaysia adalah antara 19 negara yang menentang resolusi itu berbanding 23 negara yang menyokong.
Aminuddin berkata, masyarakat Malaysia perlu menzahirkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap resolusi itu dan sebarang usaha untuk mengetengahkan orientasi songsang LGBT sebagai suatu cara hidup masyarakat di sini. - BERNAMA
Jangan main sentimen agama: Sultan Kelantan

************************************************
Jangan main sentimen agama: Sultan Kelantan
2012/03/01
KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, hari ini mengingatkan semua pihak agar tidak memainkan sentimen agama yang bakal mengundang bahaya kepada negara.
Titah baginda, polemik berhubung agama harus diurus dengan cermat dan berhemah serta bijaksana kerana isu berkaitan agama mampu membakar perasaan semua pihak.
"Jangan menyuarakan pendapat yang boleh membakar perasaan penganut agama lain yang akan mengundang perpecahan, perbalahan, permusuhan malah peperangan.
"Namun perkembangan mutakhir membimbangkan beta. Keharmonian di kalangan penganut agama yang berbeza semacam sedikit tercalar. Ini berlaku kerana ada pihak-pihak yang berkepentingan menangguk di air yang keruh," titah baginda pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Kelantan Ke-12 Tahun 2012 di Kota Darulnaim di sini, hari ini.
Baginda bertitah memang benar Islam adalah agama rahmat kepada seluruh manusia dan dasar pemerintahan Islam tidak sama sekali menolak kepentingan penganut agama lain.
"Beta ingin mengingatkan kepada semua pihak sama ada di kalangan umat Islam atau kalangan bukan Islam, dalam sebuah negara seperti Malaysia yang penduduknya berbilang kaum, berbilang anutan agama, setiap perkara itu perlu diambil kira agar tidak mengundang bencana," titah baginda.
Sultan Muhammad V turut menyentuh mengenai isu air dengan meminta kerajaan negeri Kelantan memberi perhatian terhadap usaha membangunkan strategi jangka panjang bagi pengurusan sumber air di negeri itu untuk memastikan bekalan air yang terjamin kepada seluruh rakyat.
Titah baginda, pelaksanaan projek oleh Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd kini membabitkan kerja menaik taraf 11 loji rawatan air dan pemasangan paip utama sepanjang 500 kilometer yang dijangka siap pada akhir tahun ini.
"Beta mendapat maklum bahawa jumlah penduduk yang menerima bekalan air bersih di negeri Kelantan telah bertambah hampir tujuh peratus pada 2011 berbanding pada tahun sebelumnya," titah baginda.
Baginda juga turut berharap agar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dapat dinaik taraf kepada sebuah lapangan terbang antarabangsa dalam tempoh masa terdekat.
"Pergerakan penumpang pada 2011 di lapangan terbang ini telah meningkat kepada kira-kira 1.13 juta penumpang. Jumlah pergerakan penumpang ini adalah yang tertinggi di antara lapangan terbang di Pantai Timur. Jumlah ini melibatkan penerbangan tiba dan berlepas secara puratanya adalah sebanyak 40 kali sehari," titah baginda.
Selain itu baginda juga berharap kemasukan pelaburan yang akan diterima Kelantan pada tahun ini akan meningkat dengan adanya kemudahan pangkalan bekalan di Tok Bali, Pasir Puteh yang dijangka siap tidak lama lagi.
Mengenai Tahun Melawat Kelantan pada tahun ini, baginda berharap Pusat Penerangan Pelancongan Negeri meneruskan promosi pelancongan sama ada di dalam dan luar negara.
"Komitmen pelbagai agensi kerajaan terutamanya pihak berkuasa tempatan amat diperlukan bagi mencapai sasaran kejayaan program pelancongan ini.
"Antara peranan penting yang boleh dimainkan pihak berkuasa tempatan itu ialah mewujudkan persekitaran yang bersih dan indah," titah baginda.
Persidangan Dewan Undangan Negeri ditetapkan selama dua hari bermula Ahad ini. - BERNAMA
Erykah Badu akur sensitiviti umat Islam
Oleh Hanisah Selamat

******************************************************
Erykah Badu akur sensitiviti umat Islam
Oleh Hanisah Selamat
2012/03/01
KUALA LUMPUR: Penyanyi Amerika Syarikat (AS), Erykah Badu, 41, meluahkan rasa kecewa apabila konsert sulungnya di Malaysia yang sepatutnya berlangsung malam tadi, dibatalkan disebabkan sikap tidak bertanggungjawab sebuah akhbar.
Erykah atau nama sebenar Erica Abi Wright hadir mengenakan gaun longgar turut mengucapkan ‘Assalamualaikum’ sebelum menjawab soalan media, tetapi enggan menyentuh isu agama kerana tidak mahu disalah erti.
Katanya, dia sangat menantikan kunjungan ke Kuala Lumpur yang menjadi antara destinasi jelajah di Asia Tenggara, namun tidak menyangka berakhir dengan kesedihan apabila dimaklumkan berita pembatalan itu, kelmarin.
Penyanyi itu akur dan menghormati budaya serta sensitiviti masyarakat tempatan khususnya umat Islam malah berharap dapat bertemu Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, bagi mendapatkan penjelasan.
“Saya menempuh perjalanan jauh untuk menjayakan konsert ini. Saya jujur kepada semua yang meminati saya.
“Bagi saya, semua yang terjadi ada hikmahnya. Walau berdepan insiden ini, saya tidak akan serik untuk datang ke Malaysia lagi sekiranya diundang semula,” katanya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, semalam.
Turut hadir Pengarah Urusan Pineapple Concerts Sdn Bhd, Razman Razali yang juga penganjur Konsert Erykah Live In KL 2012.
Mengenai tatu kalimah Allah pada tubuhnya, Erykah menegaskan ia hanya lukisan sementara yang dilukis tahun lalu berilhamkan filem The Holly Mountain, diterbitkan pada 1973.
“Saya menganggap ia sekadar kerja seni, malah tiada niat mahu menyinggung sesiapa. Cuma barangkali budaya antara Amerika dan tempat lain berbeza,” katanya lagi yang tiba di Kuala Lumpur serentak ulang tahun kelahirannya pada 26 Februari lalu.
Razman pula berkata, pihaknya masih mempertimbangkan keputusan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar terbabit yang secara terangan melakukan kecuaian hingga Pineapple Concert menanggung kerugian.
“Pihak berkenaan sebuah akhbar berpengaruh yang pastinya memahami apa boleh atau tidak boleh disiarkan. Kami kesal kerana disebabkan sikap tidak peka mereka, lesen penganjuran konsert ini ditarik balik,” katanya.
Sementara itu, Rais berkata tindakan kementerian membatalkan konsert Erykah mendapat sokongan Jemaah Menteri.
Beliau membentangkan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet berhubung pembatalan konsert dari segi keselamatan dan kepentingan menghormati agama, bangsa dan budaya sosial di Malaysia.
Konsert berkenaan dibatalkan apabila akhbar The Star, Isnin lalu menyiarkan gambar penyanyi itu bertatu kalimah Allah yang dikatakan melanggar garis panduan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) kerana menyentuh sensitiviti agama.
sumber berita : Berita Harian

1 ulasan:
macam panas je isu erykah badu ni.. sape ntah tu..
Post a Comment