UNTUK PAPARAN MENARIK

SILA GUNAKAN GOOGLE CHROME DAN MOZILLA 3 KE ATAS SAHAJA. PAPARAN BEBERAPA WIDGET MUNGKIN TIDAK SESUAI JIKA MENGGUNAKAN IE8, SAFARI DAN OPERA.

Klik aje le

Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah (KoTa RaJa)

Friday, May 11, 2012

Henti siar video kekejaman wanita dera bayi







Henti siar video pukul bayi
WARTAWAN SINAR HARIAN
11 Mei 2012

Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi Hashim

SHAH ALAM - Orang ramai disaran berhenti menyiarkan video wanita memukul bayi perempuan di laman sosial termasuk Youtube kerana kes itu telah selesai dan wanita itu sedang menjalani hukuman.

Timbalan Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Datin Paduka Che Hasmah Ibrahim berkata, saranan itu supaya tidak timbul rasa tidak selesa dan marah dalam kalangan masyarakat.

“Ada mempertikaikan peranan pihak berkuasa, sedangkan, kes itu diselesaikan dan wanita itu telah dibawa ke muka pengadilan. Masyarakat perlu faham keadaan itu dan akhbar memainkan peranan untuk memaklumkan perkara sebenar kepada umum.

“Dalam kes ini, pemikiran masyarakat perlu dididik. Video itu tidak boleh dijadikan contoh baik kepada anak,” katanya.

Beliau menambah, setiap masyarakat perlu berperanan menjaga anak-anak kecil walaupun bukan anaknya sendiri.

“Dalam hal ini, perakam video atau orang yang berada di sekelilingnya perlu segera mainkan peranan, jaga anak-anak kecil tidak kiralah anak siapa pun,” katanya.

Sementara itu, penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim berkata, walaupun tiada sekatan penyebaran video itu, ia bergantung kepada moral penyebar video itu.

“Sekiranya kes ini masih dibicarakan, video ini sebahagian bahan bukti mahkamah. Sudah tentu tidak wajar disiarkan kepada umum kerana akan ganggu perjalanan mahkamah.

“Sekiranya kes telah selesai dan masyarakat mahu jadikan ia sebagai teladan, tidak menjadi masalah, tetapi dalam kes ini akan berlakunya dua hukuman iaitu hukuman undang-undang dan hukuman oleh masyarakat,” katanya.

Namun, Kamal Affendi berkata, salah satu kesan penyebaran video ini ialah tanggapan negatif kepada polis.

2 comments:

uncle said...

sebab tu lah uncle tak siarkan..walaupun percaya penyiaran tersebut boleh menaikkan jumlah visitor...tapi agak-agaklah ..sampai sekarang uncle tak berani tengok.. huhuuu

khairul said...

geram betul aku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sudi-sudilah Letakkan Link Anda Disini