UNTUK PAPARAN MENARIK

SILA GUNAKAN GOOGLE CHROME DAN MOZILLA 3 KE ATAS SAHAJA. PAPARAN BEBERAPA WIDGET MUNGKIN TIDAK SESUAI JIKA MENGGUNAKAN IE8, SAFARI DAN OPERA.

Klik aje le

Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah (KoTa RaJa)

Tuesday, December 11, 2012

Ada ke peluang?

Sekadar gambar hiasan dari web abusyafwan.

Jika daftar sekarang umur 40 tahun, umur 65 belum tentu dapat tunaikan haji. Begitulah hakikatnya bila kouta haji Malaysia ke tanah suci hanya 28 ribu jemaah sahaja setahun, sedangkan senarai menunggu ada sejuta orang. 

Jadi bagi yang sudah pergi haji bagi kali pertama biarlah beri peluang kepada yang belum berkesempatan ke tanah suci kerana haji hanya wajib bagi kali pertama, haji yang kedua cuma sunat sahaja.

Sebagaimana berita di bawah yang belum ke tanah suci seramai 14,000 orang sudah berumur 75 tahun ke atas. Dalam melakukan ibadah haji memerlukan kekuatan fizikal terutama kesihatan yang baik kerana banyak melibatkan pergerakan seperti ibadah sai, melontar dan tawaf mengelilingi kaabah jadi bila sudah umur sebegitu tentulah menimbulkan kesukaran melakukan ibadah haji dengan sempurna.

Namun, apapun kita perlu berazam untuk menunaikannya terutama bila sudah mampu dan kouta membuatkan hasrat kita tertangguh yang juga merupakan di luar kemampuan kita, yang penting kita sudah berusaha walaupun kita meninggal dunia.


Sejuta jemaah tunggu giliran haji
Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

KUANTAN 10 Dis. - Sejuta penganut Islam di negara ini berada dalam senarai menunggu untuk mengerjakan haji berikutan kuota yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi hanya 28,000 orang bagi setiap kali tibanya musim haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, daripada jumlah tersebut, terdapat kira-kira 14,000 bakal jemaah haji yang berusia 75 tahun ke atas.

"Justeru, saya menasihati mereka yang pernah menunaikan haji agar tidak memohon lagi dan memberi laluan kepada bakal jemaah baru supaya mereka berpeluang menunaikan rukun Islam kelima itu.

"Kewajipan kita sebagai umat Islam hanya sekali melakukan ibadah haji kerana jika dilakukan lebih daripada itu ia menjadi sunat. Maka, sebaiknya berilah laluan kepada mereka yang lebih layak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Multaqa Guru Takmir, Guru KAFA dan Imam peringkat negeri di sini hari ini.

Hadir merasmikan program tersebut ialah Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Othman Mustapha dan Timbalan Pengarah, Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.

Sementara itu, menurut Jamil Khir, ketika ini terdapat 7.9 juta pendeposit Tabung Haji dengan dana terkumpul sebanyak RM34.9 bilion.

"Daripada jumlah itu, kira-kira 81 peratus dana akan disimpan sebagai dividen manakala, sebanyak 19 peratus untuk mengerjakan ibadah haji," jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121211/dn_02/Sejuta-jemaah-tunggu-giliran-haji#ixzz2EhB4pgVE
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sudi-sudilah Letakkan Link Anda Disini