Klik aje le

Friday, April 18, 2014

ADUN Paloh kemalangan dalam perjalanan bercuti

KEADAAN Murano yang dinaiki ADUN Paloh, selepas kemalangan di Kilometer 23 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai. (Gambar dari myMetro Online)

Berita yang baru dikeluarkan oleh myMetro hari ini melaporkan secara terperinci tentang kemalangan yang menimpa  ADUN Paloh. Dalam berita itu dinyatakan yang  Datuk Nozula Mat Diah, 57, sebenarnya dalam perjalanan hendak bercuti bersama keluarganya apabila berlaku kemalangan yang meragut nyawa isterinya di Kilometer 23 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai di sini, semalam.

Dipetik kenyataan Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong yang ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, malam tadi. bahawa Nozula ketika itu bersama sembilan ahli keluarga dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Ipoh. Menurutnya, keluarga berkenaan berkonvoi menaiki dua kenderaan iaitu Nissan Murano dan Toyota Harrier, ketika kejadian berlaku kira-kira 6.30 petang

Dinyatakan juga bahawa, Nissan Murano dinaiki enam orang termasuk Nozula dan isterinya Datin Maziah Din, 57, manakala Toyota Harier dinaiki empat individu. Nissan Murano dipandu anak perempuannya yang berusia 23 tahun tiba di lokasi kejadian, secara tiba-tiba hilang kawalan akibat jalan licin kerana hujan dan kemudian merempuh tebing di laluan menuruni bukit.

Asisten Komisioner Sum Chang Keong melaporkan juga yang isteri wakil rakyat itu yang duduk di bahagian penumpang depan parah dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pakar KPJ Ipoh. Turut berada dalam kenderaan yang terbabas itu adalah anak lelaki Nozula berusia 19 tahun dan seorang lagi anak perempuan berusia sembilan tahun serta srorang bayi yang juga anak saudara Nozula, 20 bulan.

Dalam berita itu juga Asisten Komisioner Sum Chang Keong menyatakan juga yang Nozula bersama anaknya yang cedera dihantar ke Unit Kecemasan HRPB untuk rawatan dan stabil manakala anaknya hanya cedera ringan di tangan. Sebuah lagi kenderaan dinaiki keluarga mangsa yang mengikut di belakang kenderaan mangsa tidak mengalami kemalangan.

myMetro turut mengambil kenyataan anak perempuan Nozula Mat Diah , Norfatma Nabila, 23, yang memandu Murano ditemui berkata, jenazah ibunya akan dikebumikan di kampung mereka di Felda Chiku 3, Gua Musang, pagi ini.

Nampaknya Ipoh menjadi tempat yang agak tragis sehari dua ini dengan berlakunya kemalangan dua orang tokoh politik ternama tanahair iaitu membabitkan kematian Karpal Singh dan kematian Datin Maziah Din, isteri Datuk Nozula Mat Diah. Saat kesedihan ini kita harungi dengan tabah dan jadikannya ikhtibar buat kita yang masih diberi Allah SWT peluang untuk menyedut udara dibumi-Nya ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...