Klik aje le

Monday, April 14, 2014

Budak empat tahun maut van melungsur masuk loji kumbahan

Astro Awani| Kemas kini: April 14, 2014

Van melungsur masuk ke loji tumbahah di Taman Universiti menyebabkan seorang kanak-kanak empat tahun maut.


SKUDAI: Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun maut apabila van yang dinaiki mangsa melungsur masuk ke loji tumbahah di Taman Universiti ,di sini.

Siasatan awal mendapati bahawa pemandu van meletakkan kenderaan itu untuk menaikkan pelajar-pelajar Tadika Kemas Kaisara Taman Universiti.

Ketika kejadia, terdapat enam pelajar.

Van itu kemudian dipercayai melungsur dan dan terlanggar pintu kawasan kumbahan dan terjatuh ke dalam kolam kumbahan.

Semua penumpang telah dibawa ke Klinik Kesihatan Taman Universiti dan mangsa disahkan telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan.

Lima penumpang yang lain telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu untuk rawatan lanjut.

Pemandu van ditahan bagi membantu siasatan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...