Klik aje le

Wednesday, April 16, 2014

Di mana masyarakat beretika? – Mohammad Fahmi Ahmad Kashfi

Sekadar gambar hiasan dari Google


Etika bagi setiap manusia berbeza-beza kerana etika berubah mengikut suasana, tempat dan keadaan. Sekiranya berlaku peperangan, manusia berlari tanpa pakaiaan boleh dianggap beretika kerana terpaksa berlari daripada diburu musuh atau mengambil makanan orang lain ketika perang boleh diertikan beretika jika tiada bekalan makanan.

Tetapi ketika waktu aman, perkara itu berubah menjadi sesuatu yang tidak beretika. Manusia berlari tanpa seurat benang dan mengambil makanan orang lain adalah sesuatu yang boleh dianggap memalukan dan teruk dalam etika.

Etika juga berbeza-beza kerana manusia mempunyai kehendak yang tidak sama. Sifat manusia inginkan kesempurnaan dalam hidup. Jadi, mereka akan melakukan apa cara sekalipun untuk mendapatkan sesuatu. Manusia tidak pernah puas dengan sesuatu yang mereka dapat. Setiap kali kehendak dipenuhi, pasti ada kehendak lain yang ingin dicapai. Tidak hairanlah jurang orang miskin dan orang kaya semakin membesar. Perkara ini memberi persepsi berbeza bagi setiap manusia dalam memahami makna sebenar etika.


Untuk memahami etika bagi setiap manusia yang berbeza adalah mustahil kerana perbincangan etika adalah sesuatu yang kompleks. Namun, kita masih boleh mencari sedikit titik persamaan dalam mendefinisikan makna etika. Dalam menilai etika seseorang, ia memerlukan suatu tempoh yang panjang dan penelitian yang jitu. Pepatah Inggeris berbunyi "Don't judge a book by its cover". Jangan sekali kita lihat dia melakukan kesilapan, terus kita menghukum tanpa mengambil kira sebab musabab dia melakukan sedemikian.

Selain itu, etika juga boleh dijadikan subjek wajib sejak sekolah rendah dan menengah supaya ia tidak dianggap perkara yang remeh. Perkara yang boleh diketengahkan dalam pembelajaran ialah perbezaan etika bagi setiap agama, negara, bangsa, masyarakat dan individu. Jika diasuh sejak kecil, sekurang-kurangnya mereka mendapat pendedahan awal tentang ini seperti pepatah Arab yang berbunyi "mencegah lebih baik daripadamengubati".

Dengan usaha yang sedikit ini, harapan besarnya ingin melihat perubahan yang besar dalam masyarakat supaya lebih menghormati satu sama lain di dalam kehidupan masyarakat majmuk.

Saya akhiri dengan suatu contoh perbuatan sebagai persoalan untuk dibincangkan kemudian. Sebilangan orang Islam selalu mengunakan perkara-perkara ibadah sebagai penyelamat diri daripada sesuatu perkara. Contohnya apabila datang lewat ke sesuatu perjumpaan atau mesyuarat, mereka akan mengunakan alasan "Maaf lewat, saya solat dhuha tadi".

Beretikakah kita? – 15 April, 2014.

* Penulis ialah aktivis mahasiswa TFTN dan mahasiswa Institut Pendidikan UIAM.

sumber : Malaysian Insider

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...