Klik aje le

Friday, April 18, 2014

Himpunan jalanan bakal mewarnai jalanraya Bangkok



Saya tertarik juga dengan perkembangan politik di Thailand, terutamanya di sekitar Bangkok, agak sejuk sedikit dek simbahan air sempena sambutan Songkran beberapa hari lepas seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA hari ini, 18 April 2014.

Bernama seterusnya menyambung bahawa , suhunya kembali meningkat ketika Mahkamah Perlembagaan negara ini bakal menyampaikan keputusannya berhubung nasib politik Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra.

Dilaporkan juga bahawa pada masa ini, pertikaian adalah di dalam mahkamah namun tidak lama lagi ia akan merebak ke jalanan memandangkan kumpulan Barisan Bersatu Demokrasi Menentang Diktator yang prokerajaan dan Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat yang antikerajaan masing-masing mengumumkan rancangan untuk mengadakan perhimpunan.

Mereka merancang untuk mengadakan perhimpunan pada hari mahkamah membuat keputusan dalam kes melibatkan pertukaran bekas Ketua Majlis Keselamatan Negara, Thawil Pliensri.

Di dalam mahkamah pula, Mahkamah Perlembagaan akan membuat keputusan sama ada akan memberi lebih masa kepada Yingluck untuk membuat persediaan membela diri dalam kes melibatkan pertukaran Thawil.

Setiausaha Agung Mahkamah Perlembagaan Chaowana Trimas berkata mahkamah akan membuat keputusan pada 23 April berhubung permohonan Yingluck untuk mendapatkan lebih banyak masa untuk menyediakan pembelaan dirinya dalam kes itu.

"Hakim masih belum memberi pendapat mereka dalam perkara itu bagaimanapun mereka masih menjalankan tugas seperti biasa," kata Chaowana.

Beliau sebelum itu ditanya sama ada mahkamah didesak untuk menimbangkan kes itu berikutan rancangan kumpulan prokerajaan dan antikerajaan untuk mengadakan perhimpunan pada hari mahkamah membuat keputusannya dalam kes itu.

Beliau berkata pertimbangan mahkamah bukanlah matlamat politik sebaliknya satu undang-undang, dan menegaskan mahkamah membuat pertimbangan bagi setiap kes dengan cara yang saksama dan tanpa diskriminasi.

Mahkamah Perlembagaan sebelum itu menerima permohonan untuk membuat keputusan sama ada Yingluck, yang juga Menteri Pertahanan, menyalahgunakan kuasanya dalam kes Thawil, yang digugurkan daripada jawatannya atas arahan perdana menteri dan ditukar ke jawatan sebagai penasihat di Pejabat Perdana Menteri.

Hari ini adalah tarikh akhir bagi Yingluck membela diri dalam kes itu, tetapi beliau menerusi peguamnya mengemukakan permohonan agar diberi lanjutan 15 hari untuk menyediakan dokumen dan bukti.

Sudah berapa orang Perdana Menteri bertukar ganti di Thailand setakat ini namun politiknya masih belum betul-betul pulih dan aman. Negara-negara jiran pasti mengharapkan keamanan bagi Negara Gajah Putih itu demi hubungan dua hala yang semakin kukuh dalam semua bidang terutamanya politik dan ekonomi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...