Klik aje le

Wednesday, April 23, 2014

Kemalangan berhampiran tol Sungai Petani


Bas dan lori yang terbabit kemalangan berhampiran Tol Sungai Petani

Berita mengenai kemalangan jalan raya sudah begitu biasa menghiasi dada-dada akhbar tempatan saban hari malah dalam sehari beberapa kemalangan dilaporkan berlaku akan dikemaskini dalam berita terkini. Sebentar tadi sama melayari Astro Awani maka terjumpalah kemalangan yang agak baru berlaku pada petang tadi iaitu melibatkan bas berlaku hari ini, kali ini di susur keluar Tol Sungai Petani arah selatan di Sungai Petani, Kedah.

Dilaporkan bahawa kejadian melibatkan sebuah bas kilang dalam perjalanan dari Pulau Pinang yang merempuh bahagian belakang sebuah lori yang sarat dengan muatan gula mentah.

Bas yang dirempuh mengakibatkan empat daripada lapan belas penumpangnya cedera parah dan terpaksa dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Adalah dipercayai kejadian berlaku pada kira-kira jam 3.25 petang itu turut mengakibatkan empat belas penumpang lain mengalami kecederaan dan dirawat di hospital yang sama.

Hasil keterangan saksi ditempat kejadian kemalangan berlaku apabila lori treler yang dipandu perlahan di susur keluar tersebut secara tiba-tiba dirempuh bas berkenaan yang gagal dikawal pemandunya hingga menyebabkan bahagian hadapan bas terbabit remuk manakala belakang lori turut rosak.

Kejadian itu bagaimanapun tidak menyebabkan kedua-dua pemandu bas dan lori  mengalami kecederaan serius dan hanya dirawat sebagai pesakit luar.

Menurut jurucakap Polis Trafik Kuala Muda, pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian dengan menahan kedua-dua pemandu  untuk direkod keterangan mereka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...