Klik aje le

Friday, April 11, 2014

Mahathir akui belum ke China ketika insiden Memali

APR 10, 2014 HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengsahkan pendedahan Tun Musa Hitam bahawa beliau memang berada dalam negara pada hari berlakunya tragedi berdarah Memali 19 November 1985.


Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir berkata, beliau hanya ke luar negara pada 20 November 1985 ,iaitu sehari selepas insiden yang meragut 18 nyawa termasuk empat anggota polis.

"Kejadian peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, sehari sebelum saya terbang.

"Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke Cina. Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri," jelas beliau beliau.

Beliau juga menggelarkan mereka yang terkorban selain anggota polis semasa insiden itu sebagai 'penjenayah'.

Mahathir juga menjelaskan, maklumat kononnya beliau tidak berada dalam negara sewaktu peristiwa hitam 30 tahun lalu itu berlaku, bukan disebar olehnya.

Beliau tampil menjelaskan perkara itu ekoran desakan pelbagai pihak yang mahukan maklumat sebenar selepas satu pendedahan dibuat oleh Musa pada satu forum di Kelantan baru-baru ini.

Musa yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Mahathir Mohamad masih berada dalam negeri pada hari kejadian dan bukan berada di China seperti yang dihebahkan kepada umum.

Musa juga berkata, beliau bukanlah pemangku Perdana Menteri pada hari kejadian itu berlaku seperti yang dikatakan umum.

Dalam tulisan itu Mahathir bagaimanapun berkata beliau begitu yakin yang Timbalan Perdana Menteri dapat menangani keadaan sehingga beliau melantik Musa sebagai Pemangku Perdana Menteri.

"Beliaulah yang menjawab YB Tuan Gooi Hock Seng (Bukit Bendera) yang telah mohon menangguh mesyuarat Dewan Rakyat pada 20 hb. November 1985 untuk membincang “Perintah Berkurung akibat Pembunuhan di Baling Kedah” (Hansard).

"Saya kembali ke tanah air pada 28 hb. November 1985. Semasa berada di luar Negara tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh Timbalan Perdana Menteri yang memangku jawatan Perdana Menteri," ujarnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...