Klik aje le

Friday, April 25, 2014

Najib kata k'jaan tak pernah tolak hudud tetapi cuba tengok video ni…

APR 24, 2014 HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Dalam agenda untuk terus memperbodohkan rakyat dan dalam masa yang sama menjadikan pakatan antara PAS, PKR dan DAP haru biru, Najib hari ini dilaporkan telah berkata Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah menolak hukum hudud.

Bagi penulis blog Anak Sungai Derhaka, kenyataan Najib itu dipercayai dikeluarkan bagi mengumpan para penyokong PAS yang kelihatan agak terkilan bila mana media-media tunggangan Umno menyiarkan laporan mengenai penolakan pelaksanaan hukum hudud oleh Anwar Ibrahim.

Anwar sebelum ini dilaporkan telah berkata, hudud hanya dapat dilaksanakan sekiranya pembaharuan dilakukan terhadap jabatan agama Islam dan kaedah penguatkuasaan.

Katanya lagi, hudud perlu dilaksanakan secara telus menepati kehendak ajaran Islam sebenar dan tidak memberi kepentingan politik kepada pihak tertentu.

Menurut Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat menghormati keputusan tersebut meskipun terdapat perbezaan pendapat.

Pertimbangan tersebut diambil kira ekoran penggubalan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan di Dewan Undangan Negeri Kelantan sejak 1993, iaitu sebelum permuafakatan di antara PAS, DAP dan PKR.

Ianya sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat.

Ini laporan mengenai apa yang Najib kata di atas itu.
Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri berkata banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.
"Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai.
"Sebab itulah kita memerlukan ulama dalam kalangan mujtahid untuk memperhalusi dan melakukan ijtihad baharu dalam menentukan pelaksanaan hukum hudud supaya keadilan yang menjadi matlamat mampu ditegakkan," katanya ketika merasmikan majlis penutupan Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di Alor Setar hari ini.
Katanya kerajaan menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah Islam yang sejati.
Najib berkata sebelum melaksanakan hudud, pastikan masyarakat Islam bersedia untuk melaksanakannya baik dari segi pemahaman, penghayatan, mental mahupun pemikiran.
"Begitu juga dengan masyarakat bukan Islam, perlu diberi kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang hukum-hakam Islam supaya tidak wujud pandangan yang salah terhadap ajaran Islam yang suci ini," katanya.
Perdana menteri berkata kerajaan istiqomah memartabatkan syiar dan syariat Islam dan mengamalkan pendekatan wasatiyyah yang bercirikan keadilan, kecemerlangan dan keseimbangan.
"Kerajaan juga komited melaksanakan Maqasid Syariah dalam sistem pentadbiran negara (menjaga dan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta).
"Sebagai ajaran agama samawi, syariat dan akidah bergandingan menjadi teras dalam Islam. Dalam syariat, inilah intipati teras daripada Allah SWT untuk membimbing manusia dalam mengharungi kehidupan bersosial, berpolitik dan menjalankan misi khalifah di atas muka bumi. Ini termasuklah hukum hudud yang kembali hangat diperbincangkan," katanya. - Bernama


Tengok video di bawah ini... dengar apa yang Najib katakan tentang pelaksanaan hukum hudud suatu masa lalu...

Video

... Mungkin memberi jaminan tidak akan melaksanakan hudud itu bukannya bermaksud menolak hudud kot?.. Macam pesawat MH370 itulah.. bukannya terhempas di Lautan Hindi tapi berakhir di Lautan Hindi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...