Klik aje le

Friday, April 11, 2014

Operasi SAR diteruskan, cuaca dijangka baik

Astro Awani| Kemas kini: April 11, 2014





PERTH: Operasi SAR diteruskan hari ini bagi mencari pesawat MH370. Sebanyak 12 pesawat, tiga pesawat awam dan 13 kapal dikerah dalam pencarian hari ini.

Australian Maritime Safety Authority (AMSA) akan menjalankan pencarian dalam kawasan seluas 46,713 kilometer persegi. Pusat pencarian terletak pada kedudukan 2312 kilometer di barat laut Perth.

Cuaca di kawasan pencarian dijangka baik dengan tiupan angin sederas 10-15 knot dan jarak penglihatan sejauh 5 kilometer.

Tiada petunjuk ditemui dalam pencarian semalam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...