Klik aje le

Tuesday, April 22, 2014

Pemandu bas ekspres terlelap


Kemalangan melibatkan bas kebelakangan ini makin kerap terjadi dan yang terbaru ialah yang berlaku di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang menyebabkan tiga parah sesudah kemalangan lain yang melibatan bas ekspres yang meragut tiga nyawa di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub iaitu genap seminggu hari ini.

Kemalangan terbaru ini adalah disebabkan pemandu bas ekspres terlelap kerana keletihan dan mengantuk. Perkara ini dierolehi dari penjelasan Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh bahawa pengakuan itu diperoleh hasil soal siasat yang dijalankan pihaknya terhadap pemandu terbabit.

Setakat hari ini pemandu tersebut tidak ditahan dan dia akan dipanggil sekiranya ada keperluan. Kejadian pada pukul 1.15 pagi itu melibatkan sebuah bas ekspres yang membawa 27 penumpang dari Kuantan ke Kuala Lumpur terbabas dan terbalik di Kilometer 116, berhampiran Plaza Tol Temerloh, menyebabkan tiga penumpang parah.

Didedahkan maklumat tentang tiga orang penumpang yang parah ialah Mohd. Izzudin Yusof, 28; Ishamudin Musa, 39, dan Muhd. Haziq Aizat Nazmi, 11 bulan.

Menurut Abdul Aziz, kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pada masa ini polis telah mengambil air kencing dan juga darah pemandu terbabit yang telah dihantar ke Jabatan Kimia dan pada masa ini masih belum ada keputusannya.

Keadaan penumpang yang lain adalah sihat cuma pada masa ini, empat mangsa masih dirawat di hospital berkenaan dan dilaporkan stabil.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...