Klik aje le

Friday, April 11, 2014

Penculik tuntut RM36.4 juta

Oleh Elrafaei Sapi

Kuala Lumpur: Penculik dua wanita di Singamata Reef Resort, dekat perairan Semporna, Sabah, baru-baru ini sudah menuntut wang tebusan sebanyak 500 juta peso (RM36.4 juta).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tuntutan wang tebusan itu hanya membabitkan mangsa China manakala tiada tuntutan pada mangsa culik warga Filipina.

“Kita sudah menghantar kumpulan terdiri polis dan perunding untuk berbincang dengan orang tengah kumpulan penculik terbabit,” katanya pada sidang media selepas menjayakan segmen Mesej Dari Penjara menerusi program Wanita Hari Ini (WHI) di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini.

Menurutnya, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) tidak gagal susulan insiden berkenaan sebaliknya mereka menjalankan aktiviti mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.


Singamata Reef Resort. FOTO Fail Edmund Samunting

“Perdana Menteri turut mengadakan mesyuarat bersama ahli majlis keselamatan dan memperkemas aktiviti di zon berkenaan dengan peralatan dan aset perlu dipersiapkan.

“Dalam usaha ini, kita bekerjasama bukan saja dengan polis dan tentera tetapi Agensi Penguatkuasaan Maritim termasuk kolaborasi dengan angkatan tentera laut Filipina,” katanya.

sumber : myMetro Online (10 April 2014)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...