Klik aje le

Sunday, April 20, 2014

Perkembangan insiden feri karam di Korea Selatan


PASUKAN mencari dan menyelamat berusaha mencari mangsa feri yang karam di Jindo, semalam. (gambar dari BH Online)

Malam ini saya hendak mengulas tentang berita yang disiarkan BH Online tentang feri karam di Korea Selatan yang melaporkan para penyiasat semalam menahan kapten yang dituduh lari meninggalkan feri Korea Selatan yang karam empat hari lalu dengan 476 orang penumpang, tatkala penyelam akhirnya berjaya memasuki feri berkenaan dan mengesan mayat di dalamnya.

Manakala dalam Utusan Online melaporkan bahawa selepas tiga hari menemui jalan buntu, para penyelam dan penyelamat hari ini menemui jalan masuk ke dalam badan feri yang karam di Korea Selatan dengan jumlah terkorban disahkan 52 orang.

Sehingga kini dilaporkan kira-kira 250 orang masih hilang dari kapal malang itu, yang telah dipenuhi dengan pelajar-pelajar sekolah tinggi yang dalam perjalanan bercuti.

Walaupun cuba lari namun kapten feri itu, Lee Joon-Seok dan dua kru ditahan awal pagi semalam, didakwa dengan kecuaian dan gagal menjamin keselamatan kepada penumpang yang melanggar undang-undang maritim.

Nampaknya kerja mencari dan menyelamat agak sukar di mana pasukan penyelam yang menghabiskan dua hari sia-sia menentang arus kuat dan jarak pemandangan hampir sifar, akhirnya berjaya memasuki dek penumpang kapal seberat 6,825 tan itu.

Bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat dilaporkan para penyelamat juga memasang jaring di sekeliling feri yang karam itu untuk mengelakkan mayat dihanyutkan ketika proses pencarian dan pasukan penyelamat tidak berputus asa mencari mangsa terselamat yang terperangkap dalam poket udara.
Sementara itu kapten Lee dengan dua pegawai yang bertanggungjawab ketika itu, memakai baju hujan hitam dengan hud dinaikkan kelihatan tunduk ketika dibawa ke depan kamera televisyen di balai polis.

Kenyataan dari kapten itu juga diambil dengan disoal oleh wartawan televisyen mengapa penumpang diarahkan tidak bergerak selama lebih 40 minit selepas kapal itu mula tenggelam lalu Lee berkata ia adalah langkah keselamatan kerana ketika itu kapal penyelamat belum tiba. Tiada bot nelayan atau kapal lain berhampiran untuk usaha menyelamat. Arus amat kuat dan air amat sejuk di kawasan berkenaan ketika itu.

Dalam berita itu juga dilaporkan yang keluarga kepada mangsa sebelum ini agak sedih dan marah dengan usaha menyelamat yang dikatakan agak perlahan kerana penyelam gagal untuk memasuki feri akibat arus yang sangat kuat dan penglihatan tidak baik kerana cuaca buruk.

Mengakhiri laporan dinyatakan seramai tiga belas mayat dijumpai di dalam kapal itu hari ini, manakala enam mayat yang lain ditemui terapung di luar kapal dengan menjadikan jumlah kematian rasmi setakat ini ialah 52 orang. 

Nampaknya selain Malaysia bersedih dengan kehilangan MH370, dalam pada itu juga Korea Selatan turut bersedih dengan tragedi feri yang karam itu. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...