Klik aje le

Tuesday, April 29, 2014

Promosi produk menerusi Facebook, cara mana paling efektif?

Norsiah Mohd Ramli,Astro Awani | Kemas kini: April 24, 2014
(Diterbitkan pada: April 24, 2014 08:00 MYT)

KUALA LUMPUR: Sering kita lihat pelbagai produk dipromosi dan dijual di laman susur masa Facebook kita. Ada yang memasarkannya melalui foto bersama info, pautan, status, album, video dan lain-lain lagi.

Namun persoalannya, cara pemasaran produk yang manakah paling efektif dan sering digunakan untuk dimuat naik di laman Facebook.

Menurut kajian yang dibuat oleh socialbakers.com, pemasaran yang paling berkesan dan popular dimuat naik di laman Facebook adalah melalui muat naik foto, iaitu sebanyak 75 %.

Kajian ini dilakukan untuk bulan Mac kelmarin.

Ini mungkin kerana pendekatan ini memudahkan pengguna Facebook lebih memahami maklumat pada foto yang ingin disampaikan oleh penjual.

Manakala, muat naik melalui pautan sebanyak 10 %, 6 % untuk status, album dan video masing-masing sebanyak 4 % dan 1% untuk yang lain-lain.

Setakat ini, 30, 000 jenama telah dipasarkan di Facebook daripada 1.3 jutapost.

Sementara itu, pengguna Facebook semakin meningkat daripada 1 juta pada tahun 2004 sehingga 1.23 bilion pada akhir tahun 2013.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...