Klik aje le

Tuesday, April 22, 2014

SSPN-i bagi dividen 4.25 peratus


Disamping menyimpan untuk keperluan anak belajar pada masa depan dapat juga dividen yang diberikan kepada pencarum di atas keuntungan yang diperolehi dalam pelaburan badan itu. Tahun ini nampaknya dividen yang diberikan agak memuaskan di mana Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bagi tahun lalu adalah sebanyak 4.25 peratus.

Menurut Timbalan Perdana Menteri bahawa pemberian tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM36.15 juta. Pada hakikatnya pemberian itu adalah lebih tinggi daripada kadar faedah atau keuntungan untuk akaun simpanan yang diberikan oleh kebanyakan institusi kewangan.

Beliau juga berharap dengan pemberian kadar dividen yang tinggi akan menjadikan SSPN-i lebih berdaya saing dan menarik lebih banyak pembukaan akaun serta penambahan deposit SSPN-i.

Jika ramai anak maka banyaklah jumlah dividen yang akan diterima dan bertambahlah jumlah simpanan untuk anak-anak kita menuntut ilmu di institusi pengajian tinggi dalam bidang yang mereka minat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...