Klik aje le

Wednesday, April 16, 2014

Suspek kedua ditahan di Pakistan atas kes makan bayi

Agensi| Kemas kini: April 15, 2014


Mohammad Arif. -Gambar AFP

LAHORE: Polis Pakistan menahan seorang lelaki yang disyaki bersama saudaranya yang memakan bayi baru lahir di mana kepala bayi itu ditemui di rumah mereka, kata seorang pegawai.

Farman Ali ditahan sehari selepas polis menahan saudaranya Mohammad Arif berikutan penemuan mengerikan di rumah mereka di sebuah daerah terpencil di wilayah Punjab.

Pasangan itu pernah ditangkap pada 2011 atas kesalahan memakan mayat manusia di kampung yang sama dan dipenjarakan selama dua tahun.

Arif telah memberitahu polis bahawa Ali mencuri mayat bayi berusia dua hari dari tanah perkuburan di kampung Darya Khan, kira-kira 300 kilometer (180 batu) selatan Islamabad, sebelum mereka memasak dan memakannya.

Ketua Polis daerah Bhakkar Ameer Abdullah berkata Ali ditahan pada hari Selasa.

Mahkamah memerintah agar mereka diletakkan di bawah jagaan polis selama seminggu untuk siasatan.

Tiada kesalahan tertentu mengenai kanibalisme dalam undang-undang Pakistan, jadi Abdullah berkata mereka telah didakwa di bawah undang-undang anti-keganasan dan kerana memusnahkan tubuh manusia.

Suspek akan menjalani ujian psikiatri, kata Abdullah.

Polis berkata bahawa isteri dan ahli keluarga suspek telah meninggalkan mereka beberapa tahun yang lalu dan hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di rumah yang sama.

Pada 2011, polis menemui mayat seorang wanita berusia 24 tahun tanpa kaki yang sudah dimakan.
sumber : Astro Awani Online (16 April 2014)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...