Klik aje le

Saturday, April 26, 2014

Tak pernah tolak hudud - Najib

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan SHARIZA ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my



Najib Tun Razak ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Muhyiddin Yassin (kiri) dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 25 April - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, parti itu mengambil pendirian sebagaimana ketetapan kerajaan iaitu tidak pernah menolak hukum hudud dan menyokong niat baik Pas untuk melaksanakannya.

Beliau berkata, pendirian itu dibuat Majlis Tertinggi dan selaras dengan keputusan tersebut, UMNO sedia untuk mendengar penjelasan Pas berhubung usul mengemukakan rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat.

"Majlis Tertinggi mengambil ketetapan menyokong kenyataan saya semalam. Cuma kita hendak tahu cadangan Pas. Kita sedia terima cadangan Pas," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta kesemua ketua sayap pergerakan.

Semalam Perdana Menteri berkata, kerajaan menyokong niat baik mana-mana pihak termasuk Pas untuk melaksanakan hudud tetapi banyak kekangan serta keutamaan yang perlu diperhalusi sebelum hukum itu dapat dilaksanakan.

Dalam pada itu, Najib berkata, pihak berkuasa akan mengambil segala langkah keselamatan yang perlu bagi memastikan lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke negara ini berjalan lancar tanpa masalah.

Pada masa yang sama, beliau menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menuduh kononnya kerajaan memberi tekanan kepada Obama agar Presiden AS itu tidak menemui Ketua Pembangkang di sepanjang lawatannya ke Malaysia.

"Tiada siapa boleh tekan Obama (sehingga Presiden AS tidak mahu menemui Anwar). Obama (Presiden) negara kuasa dunia. Malaysia negara kecil sahaja," katanya dalam nada sinis.

Kepada soalan mengenai desas-desus kemungkinan beliau akan menukar kedudukan menteri besar di dua negeri, Najib yang tidak menafikan khabar angin tersebut berkata, perkara itu hanya diperkatakan pihak media.

sumber : UTUSAN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...