Klik aje le

Monday, April 14, 2014

Tambah peruntukan RM40j


Kuala Pilah: Walaupun Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendapati 26 peratus kedai di bawah Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) mengalami kemerosotan nilai jualan manakala 14 peratus lagi gulung tikar, namun usaha menambah baik TUKAR tetap dilaksanakan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, peruntukan RM40 juta ditambah bagi 500 lagi kedai TUKAR tahun ini.

Menurutnya, sampel kajian dijalankan hanya membabitkan 70 kedai dipilih secara rawak di Melaka, Sabah, Pahang, Johor dan Selangor yang mewakili lima peratus daripada keseluruhan 1,349 kedai yang diselia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Saya mengaku ada kedai di bawah program TUKAR gagal, namun sebahagian besarnya memperoleh keuntungan mencecah RM5,000 sebulan. Kami sentiasa memantau dan membuat perbandingan.

“Kementerian akan mengambil tindakan penambahbaikan hasil daripada penemuan laporan berkenaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Belia Kuala Pilah di Kompleks Rakan Muda, di sini, semalam.

sumber : myMetro Online (14 April 2014)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...