Klik aje le

Sunday, May 25, 2014

Jakim gantung serta-merta dua produk coklat kandungi DNA babi

KUALA LUMPUR 24 Mei - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggantung serta merta sijil pengesahan halal dua produk coklat Cadbury yang dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine).

DNA khinzir itu dikesan Kementerian Kesihatan dalam dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, tindakan itu diambil berikutan analisis yang dijalankan Kementerian Kesihatan dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti punca pencemaran. - BERNAMA

sumber : UTUSAN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...