Klik aje le

Friday, May 30, 2014

Sultan Nazrin ziarah makam ayahanda selepas solat Jumaat


Baginda sempat bersalam-salaman dengan rakyat

Astro Awani |Kemas kini:Mei 30, 2014
(Diterbitkan pada: Mei 30, 2014 19:10 MYT)

KUALA KANGSAR: Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat menziarahi makam ayahandanya, Almarhum Sultan Azlan Shah selepas solat Jumaat di Masjid Ubudiah di sini hari ini.

Baginda turut menziarahi makam adindanya, Almarhum Raja Ashman Shah yang mangkat pada Mac 2012.

Sultan Nazrin diiringi oleh anakanda saudaranya yang juga Raja Kecil Sulong, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah sebelum itu berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Ubudiah yang terletak bersebelahan dengan Makam Diraja Al-Ghufran itu. Raja Ahmad Nazim adalah anakanda kepada Almarhum Raja Ashman Shah.

Khutbah Jumaat disampaikan oleh Imam Masjid Ubudiah, Mohd Helmi Ibrahim manakala solat Jumaat diimamkan oleh Orang Kaya-kaya Imam Paduka Tuan Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti.

Selesai menunaikan solat Jumaat, baginda meluangkan masa bersalaman dengan para jemaah.

Foto:Istiadat pemakaman Almarhum Sultan Azlan Shah

Sultan Nazrin, diisytiharkan sebagai Sultan Perak ke-35 dalam istiadat pengisytiharan pelantikan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan sebelum pemakaman Almarhum Sultan Azlan disempurnakan dengan penuh adat istiadat pada petang Khamis.

Almarhum Sultan Azlan Shah mangkat di Institut Jantung Negara pada tengahari Rabu setelah lama gering.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...