Klik aje le

Saturday, May 31, 2014

Wanita China mangsa culik berlepas pulang


2014/05/31 - 07:59:03 AM

Kota Kinabalu: Goa Huayun, wanita warga China yang diselamatkan daripada kumpulan penculik semalam, berlepas ke ibu negara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), jam 6.05 pagi tadi.
Huayun, 29, memakai kemeja T putih memasuki ruang pelepasan dalam negeri dengan diiringi tiga lelaki, dipercayai anggota polis.

Difahamkan, dia akan mengambil penerbangan pulang China dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pagi semalam, Huayun bersama wanita warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, diselamatkan oleh polis dengan kerjasama pasukan keselamatan Filipina di kepulauan Jolo sebelum dibawa ke Sabah. Kedua-dua mereka diculik sekumpulan tujuh lelaki di Singamata Reef Resort, Semporna pada 2 April lalu.

sumber : BH Online

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...