Klik aje le

Wednesday, June 11, 2014

1Azam komited bantu rakyat -PM

1Azam

KUALA LUMPUR - Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam) komited bagi melahirkan peluang kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah untuk memasuki kelas pertengahan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam kiriman terbaru di akaun Facebooknya hari ini, beliau berkata Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam bentuk 1Azam, setakat ini memberi manfaat kepada 168,000 rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik.

"Kerajaan percaya dalam prinsip-prinsip panduan bagi membantu melahirkan dan mengembangkan peluang-peluang bagi semua rakyat Malaysia yang bekerja keras untuk menjana pendapatan lebih," katanya.

Dalam kiriman itu, Perdana Menteri merujuk kepada laporan Dewan Rakyat yang dikeluarkan Bernama semalam bahawa program membasmi kemiskinan 1Azam yang dilaksanakan sejak 2011 memberi manfaat kepada 168,000 individu berpendapatan rendah.

Laporan itu memetik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim sebagai berkata 1Azam membantu isi rumah berpendapatan rendah keluar daripada paras kemiskinan menerusi beberapa kaedah termasuk pelajaran, keusahawanan, aktiviti pertanian dan perkhidmatan.

Kadar kemiskinan menyusut kepada 1.7 peratus pada 2012 berbanding lebih 60 peratus kira-kira enam dekad lepas manakala kemiskinan tegar hampir disifarkan kesemuanya.

"Perkembangan positif kadar kemiskinan itu adalah hasil kejayaan program transformasi kerajaan (GTP) yang dilaksanakan," kata Razali menjawab soalan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang ingin tahu tahap pencapaian GTP.

Program 1Azam dibahagikan kepada enam inisiatif terdiri daripada Azam Tani yang memberi tumpuan terhadap pertanian dan aktiviti berasaskan pertanian, AZAM Niaga (perniagaan kecil), AZAM Kerja (penyesuaian kerja/penempatan kerja), AZAM Khidmat (perkhidmatan, bekerja sendiri); dan 1AZAM Sabah dan 1AZAM Sarawak yang meliputi semua inisiatif itu. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...