Klik aje le

Saturday, June 21, 2014

Bahana bola


Angela Merkel

Disebabkab 'demam bola', ada yang terjatuh dan terbunuh, ada pula yang sanggup menangguhkan jadual pembedahan sekadar mahu melihat aksi pemain Argentina.

Seorang nenek warga emas berumur 60 tahun dari Wuhan, China sanggup menundakan jadual pembedahan untuk kanser usus semata-mata tidak mahu melepaskan aksi Lionel Messi dalam Piala Dunia

Selepas beberapa siri rundingan dengan doktor, nenek bernama Sun itu akhirnya bersetuju melakukan pembedahan dengan syarat bahawa pihak hospital akan sediakan sebuah bilik yang dilengkapi televisyen dengan siaran langsung Piala Dunia.

Dalam pada itu, seorang lelaki dari Shanghai pula dilaporkan maut selepas habis menonton Piala Dunia pada Isnin lalu.

Lelaki berumur 40 tahun itu berjaga untuk menonton bola dan berhasrat mandi selepas pertandingan berakhir.

Dia bagaimanapun pengsan dan mati di bilik mandi di rumah.

Di Belgium pula, seorang lelaki yang merai kemenangan negaranya dalam perlawanan menentang Algeria telah memanjat sebuah tugu berbentuk singa sambil mengibarkan bendera.

Namun kegembiraan bertukar tragedi apabila dia tergelincir lalu jatuh dan berakhir dengan kematian.

Dalam pada itu, Canselor Jerman, Angela Merkel yang terkenal sebagai peminat bola dikutuk pembangkang kerana menghabiskan RM1.33 juta untuk menonton perlawanan antara Jerman dan Portugal.

Merkel dilaporkan menyertai rombongan delegasi 15 orang ke Brazil untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...