Klik aje le

Wednesday, June 18, 2014

Bisa supersub


Cuaiba (Brazil): Dua pemain simpanan, Lee Keun-Ho dan Alexander Kherzakov muncul wira pasukan masing-masing ketika Russia dan Korea terikat 1-1, bagi saingan Kumpulan H di Arena Pantana, awal pagi ini.

Korea memperoleh jaringan pembukaan pada minit ke-68 menerusi pemain gantian, Lee Keun-Ho - ganti Park Chu-young - melakukan larian solo dalam kotak penalti sebelum merembat yang ditampan tetapi terlepas daripada tangan Akinfeev.

Tersentak dengan jaringan itu, Russia menggandakan seragan sebelum pemain gantiannya, Kherzhakov - ganti Yury Zhirkov - menyamakan kedudukan pada minit ke-74.

Russia memperoleh peluang pada minit ke-28 apabila meneruso `set-piece' apabila percubaan Eshchenko berjaya dihalang sebelum susulan rembatan Kokorin yang gagal menepati sasaran.

Korea turut memperoleh peluang pada minit ke-39 menerusi Park Chuyoung yang menghantar kepada Heung-mii, yang melakukan rembatan tetapi tersasar ke atas gawang lawan.

Saingan babak pertama kedua-dua pasukan berkesudahan seri 0-0 dengan taktik bertahan walaupun memperoleh beberapa peluang.

Bagi saingan sulung ini, Russia sebenarnya mengharapkan penyerang Dynamo Moscow, Alexander Kokorin untuk memberikan mereka permulaan yang baik.

Korea pula mengharapkan pemain tengah Mainz 05, Koo Ja-cheol, yang bergandigan dengan peman Arsenal, Park Chu-young bersama Son Heung-min yang kini beraksi untuk Bayer Leverkusen.

RUSSIA: Igor Akinfeev, Vasily Berezutski, Sergei Ignashevich, Andrei Eshchenko, Dmitry Kombarov; Denis Glushakov (Denisov), Yury Zhirkov (Kerzhakov), Viktor Faizulin, Alexander Samedov, Oleg Shatov, Alexander Kokorin.

REP KOREA: Jung Sung-ryong; Lee Yong, Kim Young-gwon, Hong Jeong-ho (SH Hwang), Yun Suk-young, Han Kook-young, Lee Chung-yong, Ki Sung-yueng, Koo Ja-cheol, Park Chu-young (KH Lee), Son Heung-min.

PENGADIL: Nestor Pitana (ARG)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...