Klik aje le

Wednesday, June 18, 2014

Ekoran laporan Ketua Audit Negara : Pembaziran Tanpa Noktah

 

Oleh Abu Hassan Adam

Orang Perak yang selalu kata “Bukan harta kita, harta bapak mertua’. Maknanyamenunjukkan sikap tidak peduli dan ‘tak apa’ jika harta itu milik bapak mertua. Boleh dibuat sesuka hati. Bukan hasil titik peluh sendiri. Gandingannya pula adalah, ‘ biar papa asalkan bergaya’. Juga ‘quotation’ orang Perak. Mungkin orang dari negeri lain juga kerapkali menggunakannya.

Di Malaysia kini semacam begitulah keadaan setengah orang. Kenyataan di atas boleh juga digunakan untuk menggambarkan keadaan pemimpin dan para pegawai kerajaan di Malaysia yang sewenang-wenangnya menggunakan wang kerajaan seolah-olah tidak mempedulikan langsung jerih payah pembayar cukai yang menampung perbelanjaan mereka. Terdengar seorang pembayar cukai yang begitu marah mengeluarkan kata-kata, ‘ apa…mereka ingat wang emak bapak mereka yang mereka boleh gunakan dengan sewenang-wenangnya’. Kemarahan ini dihamburkan ekoran daripada pendedahan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara TS Amrin Buang berkaitan dengan berbagai pembaziran yang berlaku di berbagai jabatan kerajaan di negara ini.

Walaupun kenyataan sedemikian agak kasar bunyinya, namun aku yakin rakyat Malaysia ramai yang bersetuju dengan kenyataan sedemikian. Para pemimpin di negara ini seolah-olah bersekongkol dengan para pegawai kerajaan membelanjakan wang rakyat dengan tidak langsung memikirkan jerih payahnya pembayar cukai untuk menampung perbelanjaan kerajaan itu. Seolah-olah pihak kerajaan tidak langsung ambil peduli dengan derita rakyat yang terpaksa menanggung kos sara hidup yang kian meningkat ekoran daripada tindakan kerajaan mengenakan berbagai-bagai cukai baru ke atas rakyat jelata.

Rakyat pastinya agak ‘panas’ membaca berita yang berbunyi, “RM 118k taxpayers’ money to pump up gov’t cars’ (Malaysiakini 16 Jun 2014). Berita itu menjelaskan bagaimana kerajaan negeri Johor membelanjakan RM 118,000 membeli peralatan tambahan (accessories) untuk kereta milik kerajaan berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2013. Dengan lain perkataan wang itu digunakan untuk membeli ‘sports rim’, tempat duduk yang diperbuat daripada kulit, alat CD/DVD dan lain-lain. Sampai hati pegawai-pegawai yang bertanggungjawab menggunakan wang sedemikian untuk membeli peralatan sedemikian. Apakah mereka tidak ‘berhati perut’?

Selanjutnya muncul pula laporan yang amat mengejutkan yang berbunyi, ‘RTM buat perolehan RM 111.3 juta tanpa kontrak’ (Malaysiakini 16 Jun 2014). Selanjutnya berita itu mengatakan bahawa,’ Ketua Audit Negara mendapati Jabatan Penyiaran Malaysia didapati membuat perolehan berjumlah RM111.30 juta tanpa sebarang kontrak formal. Semakan Audit terhadap 426 program (rancangan televisyen) mendapati 413 program berjumlah RM111.30 juta tidak mempunyai kontrak formal’.

Turut mengejutkan rakyat ialah berita bertajuk, ‘Trains not serviced for 5 months but RM 100 mil. paid’ (Malaysiakini, 16 Jun 2014). Berita selanjutnya mengatakan,’ The Railway Asset Management (PAK) has been rapped for paying its maintenance contractor almost RM100 million despite the electric trains operated by KTM Bhd missing the daily servicing over five months in 2012 and 2013’

Negeri Melaka juga tidak ketinggalan dalam usaha menghabiskan ‘harta pak mentua’ ini. Malaysiakini bertarikh 16 Jun 2014 meletakkan tajuk ini, ‘ Excess of RM 65,000 paid for PA systems in Malacca’. Laporan Ketua Audit Negara telah ‘menjumpai’ bagaimana wang rakyat telah dibelanjakan secara sewenang-wenangnya untuk membeli peralatan PA system. untuk kegunaan Dewan Tun Ali, Bukit Katil Melaka. Mengikut laporan berkenaan, peralatan berkenaan telah dibeli dengan harga RM 123,070 sedangkan harga pasaran sebenar hanyalah berharga RM 58,000 sahaja.

Sekiranya hendak dipaparkan pendedahan yang dibuat oleh TS Amrin Buang ini secara terperinci, maka aku rasa tidak cukup ruang untuk dipaprkan dan berkemungkinaan juga akan menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang meninggal disebabkan serangan sakit jantung. Rakyat Malaysia seharusnya terhutang budi kepada TS Amrin Buang yang merupakan ‘species’ yang masih ada di bumi Malaysia ini, yang masih bertanggungjawab, komited menyelamatkan bangsa dan negara dengan pendedahan yangs sedemikian.

Sememangnya sudah tidak ramai lagi ‘manusia’ atau pegawai kerajaan seperti TS Amrin Buang yang sentiasa memikirkan tentang penderitaan yang dialami oleh rakyat. Ramai yang mendabik dada, mengatakan yang mereka berjuang untuk bangsa,negara dan bangsa, namun pada hakikatnya golongan yang sebegitulah yang amat rakus ‘mengeringkan’ perbendaharaan negara. Golongan ini jugalah yang terpekik dan terlolong menggunakan isu agama dan bangsa demi untuk ‘menyelamatkan’ diri mereka.

Dan sekalung tahniah juga diberikan kepada ‘Malaysiakini’ yang sanggup dan berani mendedahkan kegiatan penyelewengan yang dilakukan oleh para pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan kita. Kerakusan mereka membelanjakan wang kerajaan dengan tidak langsung memikirkan jerih payah rakyat dapat diketahui oleh rakyat. Rakyat pastinya tidak mendapat gambaran sebenarnya sekiranya rakyat mengharapkan sumber berita dari media arus perdana, kerana media berkenaan tidak menyiarkan berita ‘sedih’ sedemikian. Media arus perdana sentiasa menyiarkan berita yang menyeronokkan rakyat agar rakyat sentiasa ‘terhibur’ dan akhirnya ‘terlena’ dengan ‘pelukan mimpi yang indah-indah belaka’.

Rakyat masih belum ‘kering air mata’ mengenangkan peristiwa projek lembu kondo yang didedahkan tidak berapa lama dulu. Dan rakyat masih tidak mudah melupakan penyelewengan yang berlaku sebelum ini. Kini sudah mula pula lembaran baru tentang penyelewengan yang berlaku. Sampai bila agaknya keadaan ini menuju titik noktaknya. Apakah para pemimpin kita sanggup membiarkan keadaan sedemikian terus menerus berlaku.

Dinama noktahnya…….

abuhassanadam

http://abuhassanadam.blogspot.com/




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...