Klik aje le

Friday, June 27, 2014

Gangguan bekalan air libatkan 700,000 pengguna bermula


Gangguan bekalan air yang diumumkan pihak SYABAS kali ini adalah permulaan gangguan gelombang kedua setelah beberapa lama dulu gangguan bekalan yang agak menyeluruh yang berlaku di Lembah Kelang.

Dalam berita dari Astro Awani itu dinyatakan yang  pemulihan bekalan air mengambil masa yang agak lama dan tidak dapat ditentukan kerana ia bergantung kepada bilakah loji-loji rawatan air yang terlibat dapat mencapai pengeluaran maksimum dan juga jika terdapat sumber air terawat tambahan disediakan.

Adalah diharapkan pengguna yang terlibat dapat bersabar dan mengikuti langkah yang sepatutnya bagi menggunakan air di tahap yang optimum.

Baca berita penuh di bawah,

Lebih 700,000 pengguna alami gangguan bekalan air - SYABAS
Haider Yutim,Astro Awani |Kemas kini:Jun 26, 2014
(Diterbitkan pada: Jun 26, 2014 15:26 MYT)


SYABAS menjangkakan pemulihan bekalan air mengambil masa yang agak lama

KUALA LUMPUR: Pengguna yang tinggal di kawasan yang tidak terjejas dengan gangguan air dinasihatkan supaya menggunakan air secara berhemah, kata Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred Dharan.

Ini kerana katanya, air di kawasan tidak terjejas itu masih boleh diagihkan ke kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air.

Menurut SYABAS, kira-kira 758,976 pintu rumah di lima wilayah mengalami gangguan bekalan air serta tekanan rendah.

"Pada masa kini SYABAS hanya boleh bantu dari segi menghantar lori-lori tangki. Keupayaan kami untuk membantu amatlah terhad disebabkan jumlah air yang tidak mencukupi," jelas Priscilla ketika dihubungiAstro AWANI.

Mengulas lanjut tentang perkara itu, katanya keputusan catuan adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri Selangor dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Katanya, SYABAS yang bertanggungjawab mengagihkan air, hanya menunggu keputusan kerajaan negeri.

Sementara itu, SYABAS turut memaklumkan bahawa beberapa kawasan di lima wilayah iaitu Wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam dan Hulu Langat mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah.

Menurut kenyataan oleh Priscilla, ia berikutan pengeluaran air terawat dari loji-loji rawatan air yang berkaitan tidak dapat menampung permintaan.

Jelasnya, beberapa kawasan di sekitar Wilayah Hulu Langat dan sebahagian Kuala Lumpur telah mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak 17 Jun 2014 lalu disebabkan pengeluaran air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Sg Langat tidak dapat menampung permintaan air yang tinggi di kawasan tersebut.

Beberapa kawasan di sekitar Wilayah Klang/Shah Alam juga mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah tidak berjadual pada 24 Jun lalu disebabkan penutupan sementara LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP 1) yang diurus oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

"Ini berikutan gangguan bekalan elektrik dari jam 4 pagi hingga 6 pagi hari yang sama di loji rawatan air tersebut. Ia sekali gus menyebabkan pengurangan pengeluaran air terawat daripada loji rawatan itu.

"Walaupun LRA SSP1 telah beroperasi semula, bekalan air ke kawasan yang terlibat masih belum pulih sepenuhnya," menurut kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Kuala Lumpur dan Petaling pula mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah mulai 25 Jun 2014, disebabkan pengeluaran air terawat dari LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP 3) telah dikurangkan oleh SPLASH, berikutan berlakunya penurunan paras aliran air mentah Sungai Selangor.

"Berikutan bekalan air terawat yang diterima oleh SYABAS tidak dapat menampung permintaan, sebahagian daripada kira-kira 758,976 pintu rumah di lima wilayah mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah, terutama mereka yang berada di kawasan tinggi dan di penghujung sistem agihan," kata kenyataan tersebut lagi.

Menurut Priscilla, pihaknya menjangkakan pemulihan bekalan air mengambil masa yang agak lama dan tidak dapat ditentukan kerana ia bergantung kepada bilakah loji-loji rawatan air yang terlibat dapat mencapai pengeluaran maksimum dan juga jika terdapat sumber air terawat tambahan disediakan.

Katanya bagi membantu mengurangkan kesulitan yang dihadapi pengguna di kawasan yang masih terjejas, pihak SYABAS terus menggerakkan lori-lori tangki air dan tangki statik untuk pengagihan bekalan air kecemasan.

"Walau bagaimanapun, keupayaan bantuan bekalan air kecemasan ini amat terhad dan tidak mampu untuk menampung sepenuhnya permintaan pengguna di kawasan yang terlibat.

"Keutamaan bantuan bekalan air kecemasan ini diberikan kepada pengguna-pengguna kritikal seperti hospital kerajaan/swasta, pusat dailisis dan rumah kebajikan serta situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian atau kenduri," jelasnya lagi.

Tambah Priscilla, pihak SYABAS akan melakukan pemantauan secara berterusan dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa menerusi media.

Berikut merupakan antara kawasan yang telibat oleh gangguan air tidak berjadual tersebut:

WILAYAH GOMBAK

Air panas
Aman Siara
Ampang Jaya
Ampang Water Front
Andaman Ukay
Astana Gemilang
AU1 – AU5
Balai Polis Gombak
Bandar Baru Ampang
Bandar Baru Selayang
Bandar Baru Wangsa Maju
Beverly Height
Bukit Antarabangsa
Bukit Idaman/Idaman Hills
Bukit Indah
Bukit Lela
Bukit Setiawangsa
Bukit Wangsa Mas
Dagang Jaya/ Halaman Indah
Dataran Ukay
Desa bakti
Desa Hussein Onn
Desa Lembah Pantai
Desa Melawati
Desa Minang
Gombak Setia
Harmonis
Industri Bolton
Intan Baiduri
Jalan Ampang
Jalan Chung Hwa Gombak
Jalan Genting Kelang
Jalan Hulu Kelang
Jalan Kepong
Jinjang Baru
Jinjang Selatan
Kampung Ampang Campuran
Kampung Ampang Indah
Kampung Baru Ampang
Kampung Cangkat
Kampung Dato Mufti
Kampung Datuk Keramat
Kampung Kemensah
Kampung Kerdas
Kampung Klang Gates
Kampung Kok Doh
Kampung Lee Kong Chian
Kampung Melayu Ampang
Kampung Melayu FRIM
Kampung Padang Balang
Kampung Pasir Hulu Kelang
Kampung Puah
Kampung Setia Jaya
Kampung SPG 3 Gombak
Kampung Sri Gombak Indah
Kampung Sungai Mulia
Kampung Sungai Sering
Kampung Tasek Permai
Kawasan Perindustrian Bebas Hulu Kelang
Kemensah Heights
Kepong Baru
Kepong Interprenuer
Keramat Hujung
Kuala Ampang
Magna Villa
Megan Setapak
Metro Prima
One Selayang
Pesona Villa
Pinggiran Batu Caves
Platinum Victory
Prima Melawati
Prima Selayang
Puncak Setiawangsa
Pusat Kepong
Rampai Niaga Business Park
Residen Sri Utara
Rimbunan Melati
Selayang Baru
Selayang Height
Selayang Jaya
Selayang Pandang
Selayang Permai
Selayang Segar
Selayang Sejati
Selayang Utama
Sering Ukay
Setapak Jaya
Sri Edaran Kepong
Sri Gombak
Sri Melati
Sri Murni
Taman Ampang Indah
Taman Ampang Mewah
Taman Ampang Prima
Taman Ampang Utama
Taman Andaman Wangsa Maju
Taman Beringin Jinjang
Taman Bidara
Taman Bukit Ampang
Taman Bukit Ampang Permai
Taman Bukit Jaya
Taman Bukit Jubina
Taman Bukit Kemensah
Taman Bukit Mas Melawati
Taman Bukit Mewah
Taman Bukit Mulia
Taman Bukit Utama
Taman Bunga raya
Taman Cahaya Indah
Taman Cemerlang
Taman Danau kota
Taman DAR
Taman Desa Setapak
Taman Fadason
Taman Faizura Ampang
Taman Gombak Jaya
Taman Grandview Ampang Jaya
Taman Halaman/ KESUMA
Taman Harmonis
Taman Hijau
Taman Hillview
Taman Ibukota
Taman Kamariah
Taman Kelab Ukay
Taman Kemensah Indah
Taman Kepong
Taman KOSAS
Taman Melati
Taman P.Ramlee
Taman Pandan Ria Ampang
Taman Permai Jaya Ampang
Taman Permai Jaya Ampang
Taman Permata
Taman Perwira 2 Ampang Jaya
Taman Perwira Gombak
Taman Pinggiran Ukay
Taman Puncak Utama
Taman Raintree
Taman Rasmi Jaya
Taman Selayang Baru
Taman Setapak Indah
Taman Setapak Permai
Taman Setia Gombak
Taman Setiawangsa
Taman Sri Ampang
Taman Sri Bayu
Taman Sri Jaya Ampang
Taman Sri Keramat
Taman Sri Rampai
Taman Sri Segambut
Taman Sri Ukay
Taman Sri Watan
Taman Suria Setapak
Taman TAR
Taman Uda Jaya
Taman Usahawan
Taman Wahyu
Taman Wangsa Jaya
Taman Wilayah
Taman Zooview
Taman/ Kampung Tasek Tambahan
Ukay Bistari
Ukay Height
Ukay Perdana
Villa Sri Ukay
Villa Wangsa Mas
Wangsa Maju
Wangsa Melawati
Wangsa Ukay


WILAYAH KLANG/SHAH ALAM

Bandar Putera
Batu 3 Shah Alam
Batu 8 Bukit Kemuning
Bukit 5 Jalan Bukit Kemuning
Bukit Naga
Bukit Jelutong
Jalan Harum Estate
Jalan Hulubalang
Jalan Kebun
Jalan Kebun Nenas
Jalan Sellathevan
Kampung Baru HICOM
Kampung Bukit Lanchong
Kampung Kebun Bunga
Kampung Lombong
Kota Kemuning
Lorong Seri Gambut
Puncak Perdana
Putra Height
Seksyen 1, Shah Alam
Seksyen 2, Shah Alam
Seksyen 3, Shah Alam
Seksyen 7, Shah Alam
Seksyen 8, Shah Alam
Seksyen 9, Shah Alam
Seksyen 11 – 13, Shah Alam
Seksyen 16, Shah Alam
Bukit Rimau
Jalan Kebun
Kampung Lombong
Berjaya Park
Johan Setia
Seksyen 22, Shah Alam
Seksyen 25 (Axis), Shah Alam
Seksyen 26, Shah Alam
Seksyen 27, Shah Alam
Seksyen 28, Shah Alam
Seksyen 32, Shah Alam
Seksyen 33, Shah Alam
Seri Lembayung
Subang Mas
Taman Alam Nyata
Taman Alam Impian, Seksyen 35, Shah Alam
Taman AMJ
Taman Cahaya SPK
Taman D’Kayangan
Taman Desa Kemuning
Taman Desa Latania
Taman Kandis Permai
Taman Samarinda
Taman Sentosa
Taman Sunway Suria
Taman Subang Impian


WILAYAH PETALING

Seluruh USJ Subang


WILAYAH KUALA LUMPUR

Flat DBKL Dato Keramat
Jalan Padang Tembak
Jalan Semarak
Jalan Gurney
Kementah
Pulapol
Wisma tanah
JUPEM
Universiti Teknologi Malaysia(UTM)
FELDA
Pusat Latihan Telekom
Jalan U-Thant
Jalan Ampang Hilir
Taman Pandan Jaya
Taman Cempaka
Taman Bakti
Taman Nirwana
Kampung Pandan Dalam
Taman Cahaya
Pandan Cahaya
Taman Dagang
Taman Shamelin Perkasa
MINDEF
Taman Tenaga
Taman Miharja
Taman Kobena
Desa Pandan
Flat Sri Melaka
Jalan Kent 1 hingga 7
Taman Putra Sulaiman
Taman Pandan Utama
Bandar Sri Permaisuri

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...