Klik aje le

Monday, June 2, 2014

Jais siasat majlis kahwin

Tetamu yang hadir di majlis perkahwinan itu terpinga-pinga dengan insiden yang berlaku.

WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Jun 2014

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu majlis perkahwinan yang dijalankan mengikut adat Hindu di kuil di Petaling Jaya berikutan aduan pengantin perempuan yang dipercayai beragama Islam, semalam.

Menurut sumber, Jais menerima aduan sejak Jumaat lalu dan mengarahkan tiga pegawai penguat kuasa menjalankan siasatan, dengan bantuan polis.

“Setiba di lokasi, apabila kita tanya penjaga kuil itu kira-kira jam 10.30 pagi, mereka memberitahu memang ada majlis perkahwinan dan kita dapat kad.

“Melalui itu kita dapati ia tertera nama pengantin perempuan menggunakan nama Islam.

“Kita lakukan serbuan dan tahan pengantin perempuan dan apabila diminta menunjukkan kad pengenalan memang Muslim dan kita minta dia hadir ke ibu pejabat Jais untuk beri keterangan," katanya.

Menurutnya, pengantin perempuan berkenaan telah dibebaskan setelah diambil keterangan.

“Jais masih menjalankan siasatan kes di bawah Seksyen 10, upacara yang menyebabkan murtad,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...