Klik aje le

Sunday, June 8, 2014

JK Teknikal Hudud Pusat jadi tanda tanya


Oleh AZIZ MUDA

KUALA LUMPUR: Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Hudud Peringkat Pusat yang dicadangkan oleh Timbalan Perdana Men teri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi tanda tanya, apabila tiada perkembangan selanjutnya se hingga kini.

Kejadian itu tidak sepatutnya berlaku jika Umno dan Kerajaan Pusat jujur dengan janjinya untuk turut membantu kerajaan Kelantan ke arah pelaksanaan Kanun Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan di negeri itu.

Pemangku Timbalan Ke tua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed berkata, di peringkat kerajaan Kelantan segalanya telah tersedia dan hanya menunggu tindakan Kerajaan Pusat bagi merealisasikan penubuhan jawatankuasa itu.

Menurut beliau, panel kerajaan Kelantan kini telahpun bersedia untuk meletakkan nama-nama me reka yang akan menganggotai jawatankuasa itu bagi mewakili kerajaan negeri.

“Kita berharap Tan Sri Muhyiddin dapat mengotakan apa yang dikatakannya itu. Cadangan penubuhan jawatankuasa itu mulanya datang dari Kerajaan Pusat sendiri.

“Jadi kita minta Tan Sri Muhyiddin atau Kerajaan Pusat jujur dengan apa yang dikatakannya itu dengan menyegerakan pelaksanaan penubuhan jawatankuasa itu.

“Seluruh rakyat Malaysia kini sedang menunggu perkembangan tentang ca dangan itu,” katanya ketika dihubungi

Menurut Dr Mahfodz, di peringkat kerajaan Kelantan, pra jawatankuasa itu dipengerusikan Dato’ Dr Mohamad Fadzli Hassan yang juga Exco Kerajaan Kelantan, manakala Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah selaku Pengerusi Jawantankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan.

Beliau berkata, setelah persetujuan bagi penubuhan jawatankuasa itu di capai oleh kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat, Muhyiddin sepatutnya mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom mengadakan langkah selanjutnya ke arah penubuhannya.

“Tetapi sehingga sekarang saya sendiri pun tak tahu perkembangan selanjutnya, sehingga saya sen diri pun tertanya-tanya mengenai cadangan pe nubuhan jawatankuasa itu sama ada jadi atau tidak,” jelas beliau.

Muhyiddin dalam lawatan kerjanya ke Kelantan pada 27 April lalu mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa teknikal khas mengenai hudud membabitkan wa kil Kerajaan Persekutuan serta kerajaan PAS Kelantan.

Menurut Muhyiddin, menerusi perbincangan da lam bentuk lebih sistematik, hudud dapat dikaji dengan teliti sekali gus membantu semua pihak melihat situasi sebenar sebelum memutuskan untuk membawa usul mengenainya ke Dewan Rakyat.

Pada 2 Mei lalu, Kerajaan Pusat dan keraja an PAS Kelantan telah sepakat menubuhkan satu jawatankuasa teknikal khas peringkat kebangsaan bagi memastikan pelaksanaan Kanun Jenayah Sya riah (II) 1993 Kelantan atau hudud dapat dilaksanakan di negeri itu.

Menurut Jamil Khir, jawatankuasa tersebut yang akan dibentuk tidak lama lagi berperanan mengkaji peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan memberi penerangan kepada semua pihak termasuk masyarakat bukan Islam mengenai pelaksanaannya.

Katanya, keanggotaannya masih belum diputuskan namun mengesahkan ia tidak melibatkan pemimpin politik, manakala Jabatan Kemajuan Islam Ma laysia (Jakim) akan dilantik sebagai urusetianya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...