Klik aje le

Tuesday, June 10, 2014

Kerajaan peruntuk RM68.5 juta imbuhan


Oleh Maiamalina Mohamed Amin

Kota Bharu: Kerajaan Persekutuan memperuntuk RM68.5 juta sebagai imbuhan untuk 6,423 imam, guru takmir, guru KAFA dan pegawai penyelaras masjid mengimarahkan institusi agama dan memartabatkan Islam di Kelantan.

Peruntukan itu disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada majlis penutup Multaqa Imam, Guru Takmir dan Jawatankuasa Masjid Mukim Kelantan, di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha.

Jamil Khir berkata, mahu kumpulan berkenaan terus memainkan peranan aktif dalam mendekati masyarakat Islam dan membantu mereka.

"Anda tidak hanya menjalankan tugas hakiki seperti baca khutbah dan sebagainya, tetapi perlu berperanan juga dalam menangani cabaran semasa yang melanda masyarakat Islam kita.

"Ini termasuk soal liberalisme, pluralisme dan gejala LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender)," katanya.

Berikutan itu beliau berharap imbuhan berkenaan akan menjadi pemangkin semangat golongan terbabit untuk bersama kerajaan menangani isu dalam masyarakat Islam tempatan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...