Klik aje le

Thursday, June 19, 2014

Kesihatan Nik Aziz bertambah baik

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

SHAH ALAM - Kesihatan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertambah baik sejak hari pertama beliau mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Jumaat lalu.

Memetik laporan sebuah portal, Mursyidul Am Pas itu berkata, beliau jatuh sakit mungkin kerana faktor usia dan juga salah makan.

Namun jelasnya, beliau hanya menerima rawatan biasa di hospital berkenaan, tidak sepertimana yang heboh diperkatakan.

"Selepas berada di sini selama beberapa hari, Alhamdulillah, saya berasa lebih baik," beliau dipetik sebagai berkata.

Nik Aziz dimasukkan ke HUSM Jumaat lalu selepas mengadu kesihatannya terganggu.

Pemimpin Pas itu dijangka dibenarkan keluar wad dalam masa terdekat dan meminta orang ramai mendoakan kesihatannya.

Nik Aziz dalam pada itu turut terkilan dengan pihak yang menyebarkan gambar beliau yang sedang terlantar di hospital.

"Tidak ada apa-apa yang luar biasa mengenai keadaan saya, ianya hanyalah satu rutin biasa bagi pemeriksaan kesihatan," katanya lagi.

Dalam pada itu, isteri Nik Aziz, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak berkata, gambar yang disebarkan melalui laman sosial tersebut merupakan gambar 10 tahun lalu di mana Nik Aziz disahkan berada dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di hospital.

Gambar itu tersebar sejak beberapa hari lalu di media sosial termasuk di blog.

Dalam pada itu Tuan Sabariah turut mengucapkan terima kasih kepada semua pimpinan yang telah menziarahi Nik Aziz.

“Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kesejahteraan Tuan Guru,” ujarnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...