Klik aje le

Saturday, June 7, 2014

Khalid bertegas teruskan lebuh raya Kidex



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulangi pendirian untuk meneruskan projek lebuh raya bertingkat Kinrara-Damansara (Kidex) dan tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak.

Katanya dalam soal pembangunan, semua pihak harus mengutamakan kepentingan rakyat, bukan hanya mengkritik demi perjuangan politik, lapor Bernama.

"Adalah baik untuk kita mendengar penerangan bagaimana perancangan untuk selesaikan kesesakan jalan raya hari ini dan 20 tahun akan datang.

"Sebagai profesional, saya tidak boleh buat keputusan atas desakan hanya berlandaskan pemikiran politik saja tetapi kena ambil kira kepentingan rakyat," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita di Shah Alam semalam.

Beliau mengulas kenyataan Anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo baru-baru ini yang menyelar sikap Menteri Besar itu kerana mahu meneruskan pembinaan Kidex yang dirancang di Petaling Jaya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...