Klik aje le

Friday, June 20, 2014

Obama Bimbang Campurtangan Ke Atas Iraq Membuahkan ‘Tindakan’ Sia-Sia Kali Kedua


Walaupun berjanji untuk meneruskan diplomasi, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata Amerika akan melakukan bahagiannya untuk membantu Iraq menghadapi kebangkitan pejuang Islam di negara itu.

‘Kami tidak akan menghantar tentera AS kembali ke dalam pertempuran di Iraq,’ kata Obama, tetapi beliau dan penasihat keselamatan negara itu ‘akan mengkaji pilihan lain.’

Presiden AS itu, yang bercakap dari White House berkata, dia dan pasukannya telah berbincang untuk menangani bagaimana AS kembali untuk membantu Iraq menghadapi pejuang Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), yang didakwanya mengancam bukan sahaja Iraq dan kepentingan TimurTengah, tetapi mungkin AS juga.

Obama terus ‘memomokkan’ para pejuang ISIL dengan panggilan militan, yang telah menakluki bahagian utara Iraq sebagai satu ancaman kepada pemerintah Baghdad dan orang ramai di seluruh negara yang dijajahnya sejak tahun 2003.

Beliau berkata perpecahan di kalangan kepimpinan Iraq telah membawa kepada krisis semasa menimbulkan ancaman aktif untuk kepentingan AS tapa menyebut fakta sebenarnya yang telah berlaku sejak AS bertindak menyerang dan menjatuhkan Saddam Hussein atas nama peperangan ke atas pengganas.

AS dan sekutunya, Britain serta Australia, juga mengambil tindakan menakluk Iraq kerana tuduhan Iraq mengeluarkan senjata pemusnah besar-besaran, sebaliknya tiada sebarang senjata yang dimaksudkan ditemui.


“Sepanjang dekad yang lalu, tentera Amerika telah membuat pengorbanan yang luar biasa untuk memberi rakyat Iraq peluang untuk menuntut masa depan mereka sendiri,”kata Obama menegruskan kata-kata propaganda AS.

“Malangnya, para pemimpin Iraq tidak dapat mengatasi krisis, terlalu kerap, yang ketidakpercayaan dan perbezaan mazhab yang telah lama menggelegak di sana. Dan itu mencipta kelemahan dalam kerajaan Iraq dan juga pasukan keselamatan mereka,”ujar Obama menyembunyikan keadaan sebenarnya.

Hakikat sebenarya, berdasarkan maklumat sulit yang didedahkan oleh ‘Wikileaks’ AS bukan sahaja mencipta musuhnya apabila menyerang Iraq bahkan ‘mengembang-biakkan’ kumpulan pro al-Qaeda di Iraq.

Sekitar 2004 hingga 2006, AS telah menubuhkan pasukan komando khas yang diplih dikalangan puak Syiah, melakukan pelbagai perlanggaran hak asasi manusia, menangkap, memenjarakan dan melakukan tidak berperikemanusiaan serta membunuh ratusan ribu orang awam.

Kegagalan AS cuba ditutup oleh Obama dengan berkata, walaupun AS telah meningkat latihan, peralatan dan risikan, Iraq ‘memerlulan sokongan tambahan untuk memecahkan momentum.’ menghadapi keadaan terbaru.

Beliau berkata sekiranya sebarang tindakan ketenteraan akan perlu ‘sasaran, tepat dan berkesan’, sedangkan tentera AS bersama sekutunya telah menduduki Iraq lebih saru dekad sejak 2003.


Walaupun dia tidak menunjukkan apa tindakan mungkin diperlukan, tetapi menurut laporan berita, kapal pengangkut pesawat USS George H.W. Bush sudah berada di Teluk Parsi yang digerakkan dari Laut Arab dan jet-jet pejuang AS ditempatkan di pangkalan dalam jarak yang hampir dengan kepentingan pejuang ISIL.

Disamping itu, Obama turut berkata kerajaan pimpinan Presiden Iraq Nouri al-Maliki, seorang Syiah, mesti menjalankan diplomasi dan ‘kerja untuk mengetepikan perbezaan mazhab dan menghapuskan perbezaan sah’ di kalangan semua rakyat Iraq.

“Kami tidak akan membiarkan diri kita diseret kembali ke dalam keadaan (Iraq sekarang),’ katanya.

Obama secara rasminya telah menarik semua tentera di Iraq pada tahun 2011, berikutan kegagalan membangunkan Iraq sebagaimana janji Bush ketika menakluk Iraq.

Bush berkata, beliau dan sekutunya akan membebaskan Iraq dari pemimpim diktator Saddam Hussein dan melaksanakan pilihanraya serta menegakkan demokrasi.

Sebaliknya sebagaimana dilaporkan secara rasmi, lebih 4, 0000 tentera Amerika telah terkorban di Iraq, dan langkah menawan Iraq telah dikritik oleh rakyatnya sendiri yang mengatakan, peperangan AS di Iraq adalah sia-sia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...