Klik aje le

Friday, June 13, 2014

Pelajar Pasti punya jati diri Islam mantap


MELAKA: Tokoh Guru Pasti Negeri Kelantan, Meriam Jusoh diisytiharkan sebagai Tokoh Guru Pasti Malaysia dalam majlis sambutan Hari Guru Pasti Malaysia 2014 yang diadakan di sebuah resort di sini malam tadi.

Meriam dari Pasir Putih Kelantan merupakan guru pakar Pasti telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan sering menjadi rujukan kepada guru-guru yang lebih junior daripadanya.

Selain dari menjadi guru Pasti beliau juga merupakan aktivis PAS dan masih memegang amanah sebagai Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh.

Dua orang lagi tokoh guru yang dipilih sebagai guru cemerlang ialah Gayah Yusoh dari Melaka dan Fatimah Daud dari Selangor. Kedua-duanya adalah tokoh guru negeri masing-masing pada 2014.

Anugerah Khas Siti Khatijah yang diberikan kepada guru yang banyak berjasa pula disandang oleh Ketua Majlis Guru Pasti Malaysia Saadiah Abu Bakar yang berasal darI Pulau Pinang.

Bekas Ketua Pengarah Pasti Pusat, Azrin Abdul Majid pula menerima anugerah jasamu dikenang.

Azrin yang menjadi Ketua Pengarah Pasti Malaysia selama beberapa penggal merupakan insan yang bertanggungjawab membawa Pasti ke tahap yang dibangga sehingga diiktiraf sebagai institusi prasekolah yang paling berjaya di negara kita.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat pada majlis perasmian program tersebut mengucapkan tahniah di atas kejayaan Pasti yang terus mendapatkan kepercayaan rakyat Malaysia sehingga jumlah pelajar sekarang lebih daripada 80,000 orang.

"Kita mempunyai tanggungjawab yang besar bagi menyediakan sistem pendidikan Islam yang mampu melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai jati diri Islam yang mantap.

"Jadi Pasti mesti bersedia untuk menjadi institusi yang hebat dan menjadi pilihan rakyat tanpa mengira bangsa, ideologi dan agama," tegas beliau.

Turut hadir pada program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, Ketua Pengarah Pasti Malaysia, Hassan Ahmad, Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim serta pimpinan PAS dan Pasti pelbagai peringkat. - HARAKAHDAILY 12/6/2014

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...