Klik aje le

Monday, June 9, 2014

Pelbagai peluang tingkat ekonomi luar bandar


Sook: Kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan keperluan pembangunan khususnya di luar bandar dan perkara itu dibuktikan dengan pelbagai kemudahan baru yang dikecapi masyarakat di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata, kerajaan berada pada tahap terbaik membantu penduduk dengan menawarkan pelbagai peluang bagi meningkat sosio-ekonomi supaya matlamat ke arah negara maju tercapai.

“Usaha membantu penduduk kurang berkemampuan dipertingkatkan dengan penyaluran pelbagai bantuan supaya mereka menikmati hidup lebih selesa, sama seperti orang lain di bandar.

“Saya mengingatkan masyarakat supaya sentiasa bersatu dalam apa saja perkara bagi membolehkan setiap matlamat dapat dicapai dengan mudah,” katanya ketika merasmikan Dewan Kampung Sinua Lanas dan sambutan Pesta Kaamatan kampung berkenaan, dekat sini.

Joseph yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, pemimpin setempat berperanan sebagai mata dan telinga pihak berkuasa dalam menyampaikan dasar kerajaan kepada masyarakat.

“Pemimpin bertanggungjawab dapat menyampaikan maklumat tepat secara terus kepada rakyat.

“Saya juga berharap masyarakat tidak mudah terpengaruh kepada anasir yang boleh memecahbelahkan perpaduan sedia ada,” katanya.

Katanya, masyarakat perlu perlu meneliti perkara yang disampaikan pihak tidak bertanggungjawab sama ada ia benar atau sebaliknya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...