Klik aje le

Saturday, June 7, 2014

Pemandu syarikat perladangan dirompak RM835,603


TAWAU - Sebuah syarikat perladangan kerugian RM835,603 selepas pemandunya dirompak dua lelaki berhampiran sebuah bank di Fajar, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Keong Ho Eng berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 11.10 pagi itu, pemandu berusia 39 tahun tersebut diarah mengambil wang tunai untuk dihantar ke lokasi lain oleh kerani syarikat berkenaan yang telah mengeluarkan wang tunai itu dari sebuah bank.

Beliau berkata, setelah pemandu itu mengambil beg berisi wang tunai RM835,603 daripada kerani itu, dia terus meletakkan duit berkenaan di tempat duduk belakang kereta.

Pada masa sama datang dua lelaki memakai topi besbol dan membawa senjata dipercayai sebatang besi yang tiba-tiba masuk ke dalam kereta lalu mengarahkan pemandu itu supaya memandu, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keong berkata, pemandu itu kemudiannya diarah menuju ke jalan Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau sebelum diikat dan ditinggalkan di kawasan tersebut.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, kedua-dua suspek itu didapati berada 20 minit di kawasan kejadian, katanya. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...