Klik aje le

Thursday, June 19, 2014

Piala Dunia 2014; Pemain Muslim Hadapi Ramadhan


Pemain bola sepak Muslim akan melalui ujian utama untuk melakukan yang terbaik semasa piala dunia yang sedang berlangsung sekarang, ketika mereka melaksanakan ibadah berpuasa yang akan menjelang dalam masa dua minggu.

Tahun ini akan menjadi tahun pertama di mana Piala Dunia itu akan mengharungi bulan Ramadhan. Pemain bola sepak Muslim perlu menampung suhu dan kelembapan dari cuaca Brazil yang melebihi negara asal mereka.


Ramadhan adalah di mana umat Islam menahan diri daripada makan dan minum dari subuh ke senja. Bulan Ramdahan akan bermula pada 28 Jun, iaitu apabila pusingan pertama 16 perlawanan diadakan hingga 27 Julai.

Pemain Islam penting termasuk Touré bersaudara dari Ivory Coast, Yaya dan Kolo, Roma pemain sayap Gervinho dan Cheick Tiote. Mengamalkan Islam dalam kehiduan mereka selaku muslim termasuk pemain skuad Perancis Karim Benzema [Gambar kiri] , Bacary Sagna, Mamadou Sakho dan Moussa Sissoko.

Walaupun pemain ‘dianggap’ mempunyai kelemahan tidak dapat makan atau minum apa-apa, namun pemain seperti Ivory Coast, Kolo Touré [Gambar paling atas] berkata Ramadan menjadikan dia “rasa yang lebih kuat.”

“Saya rasa ia menakjubkan bagaimana Ramadan boleh membuat anda benar-benar kuat,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...