Klik aje le

Saturday, June 28, 2014

Puasa tidak menghalang pemain Islam meneruskan aksi dalam Piala Dunia


Puasa tidak menghalang para pemain beragama Islam dalam aksi pusingan kalah mati dalam pasukan 16 terbaik Piala Dunia Brazil kali ini.

Antara pemain terkenal yang akan bermain dalam keadaan berpuasa ialah penyerang Perancis, Karim Benzema dan bintang Jerman, Mesut Ozil,.Xherdan Shaqiri (Switzerland),Moussa Sissoko (Perancis),Marouane Fellaini (Belgium),Bacary Sagna (Perancis),Sami Khedira (Jerman),Vincent Aboubakar (Cameroon),Mamadou Sakho (Perancis),Johan Djourou-Gbadjere (Switzerland),Suleyman Ali Muntari (Ghana)dan Eden Hazard (Belgium).

Kegigihan mereka amatlah kita sanjung kerana tidak menjadikan alasan berpuasa untuk tidak beraksi cemerlang membantu negara masing-masing memegang piala dunia.

Ikuti laporan penuh dalam mStar di bawah.....



 Bintang Piala Dunia Berpuasa Ramadan Pada Aksi 16 Terbaik

Diterbitkan: Sabtu, 28 Jun 2014 2:04 PM

Pemain Jerman, Mesut Ozil (kiri) dan Karim Benzema (penyerang Perancis) akan bermain dalam keadaan berpuasa bermula saingan kalah mati Piala Dunia.

KEMPEN Piala Dunia kini memasuki saingan kalah mati yang akan memilih lapan daripada 16 skuad terbaik dari kumpulan masing-masing.

Bagi masyarakat Islam dari seluruh dunia juga, saingan kalah mati bermula apabila mereka mula berpuasa selama sebulan sempena Ramadan.

Sepanjang tempoh matahari terbit, masyarakat Islam tidak akan minum atau makan, sebaliknya akan menumpu perhatian kepada ibadat wajib dan sunat.

Perkara sama juga akan dilalui sebahagian pemain yang teribat dalam saingan Piala Dunia.



Antaranya ialah penyerang Perancis, Karim Benzema dan bintang Jerman, Mesut Ozil.



Tidak terkecuali ialah pemain-pemain daripada pasukan Nigeria, Algeria, Switzerland, Belgium, Ivory Coast dan Rusia.

Namun, itu bukan alasan untuk mereka tidak bermain dengan cemerlang kerana sejarah sukan membuktikan atlit mampu berpuasa ketika bersukan malahan akan menjadi lebih baik ketika itu.

Bukan sahaja dalam Piala Dunia tetapi juga Olimpik dan kejohanan besar lain.

Antara pemain terkenal yang akan bermain dalam keadaan berpusa ialah:


Xherdan Shaqiri (Switzerland)



Moussa Sissoko (Perancis)



Marouane Fellaini (Belgium)


Bacary Sagna (Perancis)


Sami Khedira (Jerman)


Vincent Aboubakar (Cameroon)


Mamadou Sakho (Perancis)



Johan Djourou-Gbadjere (Switzerland)



Suleyman Ali Muntari (Ghana)


Eden Hazard (Belgium)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...