Klik aje le

Sunday, June 8, 2014

Scolari pertahan aksi


Sao Paulo: Luiz Felipe Scolari mempertahankan persiapan selepas pasukannya diejek oleh sebahagian peminat di bangku penonton selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Serbia, semalam.

Scolari menyatakan pendapatnya selepas mengatasi Panama 4-0, Selasa lalu, menyaksikan masih ada ruang boleh diperbaiki dan tidak akan membenarkan jurang kemenangan mengabui matanya.

Selepas jaringan Fred melalui tolakan masuk dengan tumit untuk mengenepikan Serbia, arkitek yang membawa Brazil menjulang Piala Dunia 2002 di Jepun itu mengambil keputusan menurunkan semula pemain utama untuk menghalang pasukannya terus dikritik oleh penyokong dan media.

Scolari memberitahu sebelum perlawanan juara dunia lima kali itu sentiasa mendapat layanan sukar peminat Brazil dari kalangan ahli perniagaan dan keadaan itu nyata tidak berbeza pada perlawanan di Stadium Morumbi, venue yang tidak akan digunakan untuk perlawanan Piala Dunia.

“Saya rasa kami datang ke Piala Dunia dalam keadaan yang baik. Kami tidak sabar untuk memulakan aksi pada perlawanan pertama Piala Dunia,” kata Scolari selepas mencatat kemenangan itu, enam hari sebelum menjadi tuan rumah bertemu Croatia dalam saingan di sebuah bandar lagi yang masih menjalani proses pembinaan menyiapkan Corinthians Arena.

“Kami merancang dari awal,” katanya tetap menerima kemenangan itu walaupun dengan jurang tipis tetapi akan menjadi moral suntikan, biarpun jaringan kurang menarik menerusi Fred yang melakukan penyudah sama seperti beraksi pada final Piala Konfederasi menentang Sepanyol tahun lalu.

“Kedua-dua pasukan cuba mengatasi sama lain dan saya kagum dengan aksi Serbia,” kata Scolari. Sewaktu saya melihat kesebelasan utama mereka pada permulaan, saya tahu ia akan menjadi perlawanan yang sukar.” “Saya rasa ia perkara biasa mendapat ejekan dan pemain tidak ambil hati. Pada penghujungnya saya yakin seramai 67,000 peminat datang menonton, 65,000 pasti pulang dengan hati yang puas.” - AFP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...