Klik aje le

Sunday, June 8, 2014

Suzuki Lancar Empat Model Motosikal Berkuasa Tinggi


Suzuki Hayabusa GCX1300RA

SUZUKI Assemblers Malaysia Sdn Bhd secara rasmi menyasarkan penglibatannya dalam pasaran motosikal berkuasa tinggi di Malaysia dengan melancarkan 4 model menarik Suzuki Big Bike.

Model-model yang pastinya mendapat sambutan baik peminat-peminat motosikal berkuasa tinggi di Malaysia adalah Hayabusa GSX1300RA, GSX1250FA,GSX-R1000 dan V-Strom 1000.

Suzuki telah melantik 10 wakil penjual sah di seluruh negara untuk menyediakan penjualan dan perkhidmatan selepas jualan di seluruh negara bagi memastikan bekalan alat-alat ganti tulen dan aksesori yang mencukupi bagi penyelenggaraan dan penyesuaian model-model motosikal ini.

SUZUKI HAYABUSA GSX1300RA

Sedekad dahulu, Suzuki telah membangunkan/mencipta sebuah mesin yang begitu unik yang serta-merta menarik peminat setia di seluruh dunia.

Dinamakan sempena nama seekor helang di negara Jepun, Hayabusa menjadi sebuah ikon yang terkenal dengan ketangkasan yang luar biasa dan prestasi yang melahirkan keseronokan dan kegembiraan perjalanan pada sebarang kelajuan.

Ditakrifkan sebagai "Ultimate Sports Bike" untuk kuasa yang sensasi, kelajuan dan perjalanan lancar, Hayabusa terkenal dengan gaya radikalnya.

Model 2014 dilengkapi dengan kaliper/penyepit Monobloc Brembo berprestasi tinggi dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Ciri-ciri penambah baikan ini pastinya menarik minat para penunggang yang mengutamakan keselamatan ketika menyusuri lebuhraya.

Hayabusa GSX1300R berharga RM99,000 (harga jualan asas tidak termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan lain-lain) dan didatangkan dalam pilihan warna Biru/Putih, Kelabu/Hitam dan Merah/Putih, (Harga jualan tidak termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan lain lain)
SUZUKI GSX1250FA



SUZUKI GSX1250FA

GSX1250FA bersedia memberikan keseronokan sama ada digunakan untuk keperluan harian ataupun sebagai riadah.

The GSX1250FA dengan DNA motosikalnya adalah jentera yang boleh memaknakan hujung minggu juga dipercayai setiap hari. GSX1250FA dilengkapi kuasa enjin 1255cc “Double Overhead Camshaft” (DOHC) dengan suntikan bahan api.

Penghantaran kuasa melebar, bermula dengan tarikan kuasa yang ketara dari rev rendah hingga ke tinggi, mesin ini mempunyai daya pecutan yang kuat dan transmisi enam gearnya melancarkan kuasa ini.

GSX1250FA adalah sebuah mesin yang sangat menarik, teruja dan menjadikan ia sesuai untuk penunggangan bergaya.

Ia dijual pada harga RM72,900 (harga jualan asas tidak termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan lain-lain) dan didatangkan dalam pilihan warna Hitam, Kelabu dan Putih.

SUZUKI GSX-R1000



SUZUKI GSX-R1000

Sejak tahun 1985, GSX-R1000 telah terus-menerus diperbaharui bagi meningkatkan tahap prestasi dan ketangkasannya.

Suzuki GSX-R1000 model tahun 2014 membuktikan sekali lagi ianya sebuah motorsikal yang luar biasa dengan kuasa dan daya pecutan yang tidak dapat ditandingi – namun masih jimat bahan api.

Reka bentuk rangka yang amat kukuh menjadikan mesin ini sungguh memberi reaksi ketika ditunggang, pergerakan umpama mimpi dengan reka bentuk yang padu dan keupayaan brek, juga dilengkapi dengan kaliper Brembo dan cakera brek “stainless steel” yang tahan panas.

Ringkasnya, GSX-R1000 menawarkan prestasi enjin cemerlang dari mula hingga ke garisan penamat, prestasi suspensi yang lancar, pengendalian berkesan, dan brek unggul.

Ia dijual pada harga RM96,900 (Harga jualan asas tidak termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan lain-lain) dan didatangkan dalam kombinasi warna Biru/Putih dan Hitam/Kelabu.

SUZUKI V-STROM 1000


SUZUKI V-STROM 1000

Jika anda meminati sebuah mesin yang senang dikendali dari segi saiz, berat dan pilihan kuasa, V-Strom 1000 ABS Adventure adalah pilihan anda! Ia direka cipta untuk menguasai lalu lintas bandaraya semudah laluan di pergunungan.

V-Strom 1000 ABS Adventure 2014 serba baru telah direka bentuk semula dari semua aspek dan ianya mempunyai banyak penambahbaikan berbanding model sebelumnya.

Salah satu pembaharuan atau penambahan V-Strom terbaru adalah Traction Control System pertama Suzuki dilengkapi pada motosikalnya.

Ciri-ciri lain yang diperbaiki atau direka semula adalah enjin, penyuntik bahan api, magneto, kawalan kelajuan idle, radiator, kopling, transmisi, ekzos dan sistem suspensi.

V-Strom 1000 berharga RM79,999 (harga jualan asas tidak termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan lain-lain) dan didatangkan dalam warna Merah, Hitam, Khaki dan Putih.

Motosikal berkuasa tinggi Suzuki ini hanya boleh didapati di wakil penjual sah.

Bagi mendapatkan wakil penjual yang berdekatan dengan anda atau maklumat lanjut sila hubungi Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd di talian 04-3977 453 untuk divisi Jualan & Pemasaran ataupun layari laman web kami di Suzuki.com.my.

Kepada mereka yang ingin menyesuaikan atau “customize” motosikal mereka kepada perirasa individu mereka, Suzuki mempunyai pelbagai aksesori untuk memenuhi aspek ini. Untuk ini, sila hubungi bahagian Alat Ganti di 04-3977 091 untuk maklumat lanjut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...