Klik aje le

Thursday, July 17, 2014

Alza Advanced dengan ciri baharu


Imej dari Google

Perodua baru-baru melancarkan model baharu keluarga Alza iaitu Alza Advanced yang dilengkapi dengan ciri baharu, harga ditawarkan lebih rendah. Edisi ini terdapat perubahan pada bahagian hadapan dengan gril berwarna krom sekeliling lambang Perodua.

Rencana dari Sinar Harian ini mengetengahkan beberapa pembaharuan iaitu lampu kabus diangkat ke atas sedikit dan dilarikan ke hujung tepi bampar menyerlahkan pesona Alza. Bahagian belakang turut berubah dengan adanya lampu ‘Clear Lens Tail’, spoiler lebih aerodinamik dan warna hitam menghiasi keliling cermin belakangnya.Bampar depan dan belakang boleh dikatakan lebih sporty dengan skirting .

Kelebihan lain ialah cermin sisi boleh dilipat secara automatik. Itu yang tiada pada Alza Advance sebelum ini di samping dalam  kabin, tempat duduknya dibaluti kulit. Selain itu yang ketara diketengahkan dalam jentera MPV baharu ini, set multimedia rekaan baru dengan LCD sesentuh 6.5 inci. Seperti model terdahulu, ia juga mempunyai USB, SD card dan pemain DVD.

Begitu juga dengan GPS, kamera pandang belakang dengan Bluetooth, FM/AM disambungkan kepada monitor di sebelah atas yang bersaiz kira-kira lapan inci. Ia satu penambahan aksesori yang agak menarik.
Sistem navigasi dengan kamera pandang belakang, memberi lebih keyakinan kepada saya semasa mahu mengundur. Apa lagi saya mendapat unit pandu uji varian automatik.

Dalam edisi ini aspek keselamatan dititikberatkan iaitu jika hendak menonton DVD atau CD, jentera ini perlu berhenti dahulu. Terpapar amaran keselamatan di skrin jika DVD dipasang ketika kenderaan bergerak.
Ciri lain ialah paparan gambar dan suara pada skrin secara automatik, saya hanya perlu menekan brek kaki serta ada tempat letak tangan pemandu mempunyai ruang untuk menyimpan barang yang boleh dinaik dan diturunkan.

Alza juga memudahkan pemilik apabila kerusi barisan ketiga boleh dilipatkan menjadi satu. Ia memudahkan mencapai barangan. Kerusi hadapan yang bersambung dengan tempat duduk bersebelahan. Seperti dalam teksi sapu dulu-dulu. 

Dari segi prestasi, Alza yang dijana enjin 1.5 liter ini cukup untuk memintas kenderaan di hadapan dengan daya pecutan ditawarkan, biarpun perlu lebih menekan pedal. Cuma akan kedengaran sedikit ngauman enjin di dalam kabin.

Suspensi juga menjalankan tugas dengan sempurna yang mana menyerap hentakan pada jalan berlubang dengan baik juga membuatkan perjalanan jauh bersama Alza cukup selesa begitu juga bagi penumpang belakang. Cuma ketiadaan pendingin hawa di kerusi ketiga membuatkan penumpang sedikit panas di awal pemanduan sebelum rasa dingin tiba ke barisan belakang.

Kesimpulannya edisi ini sesuai bagi mereka yang mempunyai keluarga kecil untuk kegunaan jangka panjang ditambah ditawarkan pada harga berpatutan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...