Klik aje le

Wednesday, July 2, 2014

Bonus sebulan gaji untuk kaki tangan awam Selangor

Berita baik untuk kaki tangan kerajaan Negeri Selangor kerana dapat bonus sebulan gaji sempena sambutan Aidil Fitri seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily menyebut bahawa Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan awam di negeri itu.

Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sejumlah RM32.7 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi urusan pemberian bonus berkenaan.

Berita selanjutnya.......

Selangor beri bonus raya sebulan gaji

HARAKAHDAILY | 02 Julai 2014.


KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan awam di negeri itu.

Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sejumlah RM32.7 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi urusan pemberian bonus berkenaan.

Menurut laporan Selangor Kini, beliau menjelaskan Exco negeri bersetuju untuk memberikan bonus sebulan gaji mengikut tempoh perkhidmatan bertarikh 30 Jun ini dan keputusan berkenaan dibuat kerana laporan kewangan negeri menunjukkan pertumbuhan kutipan hasil dari tahun lepas sehingga 30 Jun 2014.

“Pada tahun lepas dalam tempoh sama, jumlah kutipan hasil adalah RM1.136 bilion dan pada tahun ini ia berjumlah RM1.162 bilion,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), petang ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...