Klik aje le

Tuesday, July 22, 2014

Dua kotak hitam MH17 diserahkan kepada delegasi Malaysia

Gambar hiasan dari Google

Perkembangan selanjutnya MH17 dapat diikuti dari HARAKAHDAILY, 22 Julai 2014 antara lain melaporkan tentang dua kotak hitam yang ditemui di lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 diserahkan kepada delegasi Malaysia pagi ini.

AFP melaporkan, penyerahan itu dibuat oleh ketua kumpulan pemisah pro-Rusia Alexander Borodai pada satu sidang media.

“Kami telah membuat keputusan untuk menyerahkan dua kotak hitam itu kepada pakar dari Malaysia,” kata Alexander Borodai kepada wartawan.

Pasukan pakar dari Malaysia dan wakil kumpulan pemisah itu menandatangani satu protokol sebelum penyerahan dibuat.

“Kedua-dua kotak kelihatan dalam keadaan baik, cuma memiliki sedikit kerosakan,” seorang wakil Malaysia dipetik berkata.

Laporan itu juga menyebut bahawa pasukan pemberontak turut mengumumkan gencatan senjata dalam radius 10 kilometer di sekeliling tapak nahas.

Ianya bagi membenarkan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan tersebut di mana pesawat malang tersebut terhempas pada Khamis lalu.

Pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airlines penerbangan MH17, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara pada Khamis.

Pesawat malang itu ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...