Klik aje le

Saturday, July 26, 2014

Kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine tidak diganggu

Kotak hitam MH17 tidak diganggu

25 Julai 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services1




Gambar dari Sinar Harian Online

Berita yang disiarkan oleh Sinar Harian Online antara lain menyebut bahawa Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai mengesahkan maklumat dari kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine tidak diganggu.

Seterusnya beliau berkata pasukan siasatan antarabangsa sedang memperoleh maklumat termasuk suara rakaman dari kokpit selain kandungan data penerbangan yang akan didokumentasi.

Katanya lagi, “Kotak hitam telah dibuka dan ia tidak dirosakkan atau dicemari. Kandungan percakapan dalam kokpit boleh didengar dengan jelas. Butirannya akan dikaji jawatankuasa siasatan. Kita mahu kebenaran dari kejadian ini,".

Maklumat selanjutnya ialah kotak hitam itu dihantar ke Farnborough, barat daya London oleh Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) yang mengetuai siasatan antarabangsa.

Usaha memindah mayat mangsa dari kawasan nahas ke Belanda akan diteruskan hingga Ahad ini. Lebih 20 anggota pasukan pengecaman mangsa bencana (DIV) dari Malaysia berada di Amsterdam bagi membantu pakar Belanda untuk mengenali mayat yang dikumpul dari kawasan pesawat terhempas.

Bedah siasat bermula semalam dan ia akan mengambil masa kerana ia perlu dilakukan secara teliti. Meminta pihak Belanda untuk mempercepat prosesnya dan Malaysia akan menghantar lebih banyak bantuan jika perlu. Tiga pakar Malaysia mengumpul data dan bukti di kawasan nahas di timur Ukraine.

Malaysia menggesa badan antarabangsa untuk memberi sokongan bagi memastikan laluan selamat ke kawasan nahas untuk membolehkan pasukan penyiasat melakukan siasatan terperinci dan menyeluruh kerana tidak mendapat akses penuh (ke kawaasn kemalangan), tidak boleh memindahkan bangkai pesawat dan terdapat banyak sekatan. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...