Klik aje le

Friday, July 11, 2014

Pengarah IKIMfm nafi radio itu larang beli ikan di pasaraya besar


Berita yang agak sensitif bagi umat Islam iaitu berkenaan ikan patin makan bangkai babi dipasarkan di pasaraya-pasaraya besar dinafikan oleh Ketua Pengarah IKIM, katanya, "IKIMfm menafikan kandungan mesej di aplikasi WhatsApp yang tersebar pagi ini berkenaan dakwaan 'kolam ikan patin Batu Gajah Ipoh kering kontang, penuh dengan tulang khinzir. Berikutan dengan itu, diingatkan! Jangan beli ikan air tawar di pasaraya Billion, Econsave, Giant, Tesco, AEON dan Rapid. Semua ‘supplier’ ikan bangsa Cina. Keluar dalam radio IKIM pagi tadi’.

Berita penuh yang disiarkan Malaysiakini di bawah,

IKIMfm nafi gesa jangan beli ikan di pasaraya

Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) menafikan pihaknya menggesa orang ramai supaya tidak membeli ikan air tawar di beberapa buah pasar raya kerana didapati menjual ikan patin yang diberi makan bangkai babi.

Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata kandungan mesej WhatsApp yang tersebar pagi tadi mengenai gesaan itu tidak benar dan sehubungan itu orang ramai diminta tidak mempercayainya dan menyebarkan mesej itu.

"IKIMfm menafikan kandungan mesej di aplikasi WhatsApp yang tersebar pagi ini berkenaan dakwaan 'kolam ikan patin Batu Gajah Ipoh kering kontang, penuh dengan tulang khinzir. Berikutan dengan itu, diingatkan! Jangan beli ikan air tawar di pasaraya Billion, Econsave, Giant, Tesco, AEON dan Rapid. Semua ‘supplier’ ikan bangsa Cina. Keluar dalam radio IKIM pagi tadi’,” katanya.

Menurut Nik Mustapha, pihaknya kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam penyebaran itu, katanya dalam satu kenyataan hari ini

Rabu lepas, media melaporkan pemeriksaan Jabatan Perikanan Perak di sebuah kolam ternakan ikan patin yang kering berhampiran kawasan Lahat, Ipoh menemui rangka dan serpihan tulang haiwan dipercayai babi.

Siasatan awal mendapati rangka dan tulang itu terdampar di dalam dasar kolam yang kering kerana masalah sistem saliran.

- Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...